PETALING JAYA: Tuah nampaknya berpihak kepada kuartet 4×100 meter (m) wanita negara apabila mereka disahkan memenangi pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou, sebentar tadi.
Pingat gangsa itu hadir selepas kuartet 4x100m Bahrain dibatalkan kemenangan di tempat ketiga selepas pelari mereka didapati memasuki lorong pelari lain.
Pada awalnya, kuartet negara yang dibarisi Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisya Mohd Rizal dan Shereen Samson Vallabouy menduduki tempat keempat.
Tiada perubahan bagi kedudukan pertama dan kedua di mana pingat emas dimenangi China yang melakukan catatan 43.39 saat manakala perak menjadi milik Thailand dengan catatan 44.32s.-UTUSAN ONLINE