Kuartet 4x100m mara ke final

Kuartet 4x100m mara ke final

MUHAMMAD Azeem Fahmimenjadi pelari terakhir membarisi kuartet 4x100m negara si Sukan Asia Hangzhou.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuartet 4×100 meter (m) negara layak ke final Sukan Asia Hangzhou selepas menduduki tempat ketiga perlumbaan saringan pertama di Stadium Pusat Olimpik Hangzhou, sebentar tadi.

Membariskan Khairul Hafiz Jantan, Arsyad Md Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Azeem Fahmi, kuartet negara mencatatkan masa 39.40 saat (s) untuk mengesahkan tempat ke peringkat akhir.

Catatan masa itu meletakkan kuartet negara di kedudukan keempat daripada lapan pasukan yang layak menerusi dua saringan dan berpotensi untuk mendapatkan pingat menjelang perlumbaan final esok.

Tuan rumah, China, muncul pasukan terpantas dengan 38.62s diikuti kuartet Korea Selatan dan Jepun, masing-masing dengan catatan 38.75s dan 38.99s.

Rekod kebangsaan dalam acara 4x100m adalah 39.09s yang dilakukan sewaktu kuartet negara merangkul pingat perak di Sukan SEA Hanoi di Vietnam tahun lalu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya