Kuartet 4x100m lelaki kelima terbaik Asia

Kuartet 4x100m lelaki kelima terbaik Asia

KUARTET 4x100m lelaki negara yang beraksi di final Sukan Asia Hangzhou.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuartet 4×100 meter (m) lelaki negara menamatkan saingan di kedudukan kelima pada aksi final Sukan Asia Hangzhou di Stadium Olimpik Hangzhou, sebentar tadi.

Kuartet negara yang dibarisi Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Arsyad Md Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Azeem Fahmi melakukan catatan 39.19 saat (s).

Bagaimanapun, catatan berkenaan menyaksikan kuartet negara gagal memperbaharui rekod kebangsaan 39.09s yang dilakar pada temasya Sukan SEA Hanoi tahun lalu.

Pingat emas dimenangi China dengan catatan 38.29s sementara kuartet Jepun meraih perak dengan catatan 38.44s manakala, gangsa menjadi milik Korea Selatan dengan catatan 38.74s.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN