KOM intai jurulatih baling tukul besi baru

KOM intai jurulatih baling tukul besi baru

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) kini sedang mencari jurulatih baru baling tukul besi. (FOTO: AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard mendedahkan kehadirannya di Mokpo, Korea Selatan kelmarin bukan sahaja untuk memantau prestasi atlet negara yang beraksi di Kejohanan Balingan Asia 2023, namun turut mengintai beberapa calon baru untuk mengisi kekosongan jawatan jurulatih kebangsaan.

Ia selepas pengendali kelahiran China, Gu Yuan yang bertindak sebagai jurulatih baling tukul besi tidak lagi bersama Malaysia selepas menabur bakti selama 10 tahun.

Gu Yuan, jaguh dunia dari China berjaya membentuk dua atlet negara, Jackie Wong Siew Cheer dan Grace Wong Xiu Mei sebagai antara prospek pingat emas di pentas Asia Tenggara.

JACKIE Wong (kiri) dan Grace Wong antara prospek terbaik negara dalam acara baling tukul besi.

Bagaimanapun Ballard kini bersedia untuk membawa jurulatih berprofil lebih tinggi ke Malaysia selepas KOM mendapat tajaan RM 5 juta daripada Cahya Mata Sarawak Berhad, dalam usaha untuk menaikkan semula martabat skuad olahraga negara ke tahap terbaik.

“Dia (Gu Yuan) sudah berada di China sekarang dan saya juga berjumpa dengannya di Mokpo ketika itu. Ia antara sebab utama kenapa saya pergi ke sana untuk mencari calon sesuai jurulatih baling tukul besi.

“Bukan sahaja Asia tetapi saya juga melihat calon-calon berpotensi dari Australia dan Amerika Syarikat. Kita perlu ada jurulatih dedikasi khas untuk baling tukul besi demi perkembangan atlet-atlet.

“Saya mencari seorang berinspirasi, pintar dan profesional yang boleh membawa jurulatih kita selari dengan pendekatan strategi terkini berprestasi tinggi,” jelas Ballard yang ditemui media ketika Majlis Penajaan syarikat swasta itu bersama KOM di Kuala Lumpur kelmarin.

Dalam masa yang sama, Ballard kini sedang merangka struktur baru untuk memastikan barisan atlet negara yang berlatih di Malaysia turut meraih keputusan yang membanggakan, sama seperti yang dilakar atlet berkelana di luar negara.

Sebagai rekod, dua daripada tiga pingat gangsa yang diperoleh barisan atlet negara di Sukan Asia Hangzhou 2022 hadir menerusi Muhammad Azeem Fahmi dan Shereen Samson Vallabuoy yang berlatih di Amerika Syarikat, manakala baki atlet lain tampak bergelut untuk sekurang-kurangnya mencapai catatan peribadi terbaik di temasya itu.

“Kami perlu membuat perubahan terutamanya dari segi budaya latihan di sini agar kami dapat beraksi dengan lebih baik di kejohanan utama.

“Kehadiran saya di sini adalah untuk memperkasakan lagi pendekatan sains sukan supaya atlet dapat beraksi dengan lebih baik dan strategi ini akan saya terapkan untuk sepanjang 12 yang seterusnya dengan harapan dalam tempoh tiga ke empat tahun kemudian, ia akan membuatkan hasil,” tambah Ballard.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya