KL rampas Piala Tun Abdul Razak selepas 12 tahun

KL rampas Piala Tun Abdul Razak selepas 12 tahun

PEMAIN Kuala Lumpur meraikan kejayaan menjuarai Piala Tun Abdul Razak 2023 selepas menewaskan Melaka di Stadium Hoki Nasional hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas 12 tahun menanti dengan penuh debaran, Kuala Lumpur (KL) akhirnya merampas kembali kejuaraan hoki Piala Tun Abdul Razak 2023, sebentar tadi.

Kejayaan itu bagaimanapun hadir dengan kepayahan kerana KL terpaksa bermandi peluh dengan melakukan kebangkitan dua kali untuk menewaskan Melaka 4-2 menerusi penentuan penalti shoot-out selepas terikat 2-2 dalam final di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kejayaan itu sekali gus meranapkan misi Melaka menjulang kejuaraan kali keempat selepas kali terakhir memenanginya pada edisi 2019.

Dalam aksi itu, Melaka membuka jaringan menerusi gol padang Amirullah Zainol pada minit ke-12 sebelum KL menyamakan kedudukan melalui kapten, Zulpidaus Mizun pada minit ke-28.

Melaka yang dibimbing Nor Ikhram Sulaiman kembali di depan menerusi jaringan kedua peribadi Amirullah hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-33.

Bagaimanapun, KL di bawah kendalian I. Vikneswaran tidak membiarkan perlawanan memihak lawan dengan membuat kebangkitan menerusi jaringan padang Sriraam Vikneswaran pada minit ke-47 sekaligus mengikat kedudukan 2-2.

Kemenangan ini menghadiahkan trofi ke-19 buat KL.

Sementara itu dalam saingan wanita, Sabah melalar kejutan terbesar mengalahkan juara bertahan, Selangor 2-1 untuk merangkul trofi buat kali pertama.

Malah, ini juga kali pertama mereka melayakkan diri ke final . – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya