KL City masuk jerat PDRM

KL City masuk jerat PDRM

BARISAN pemain PDRM FC yang berjaya menumpaskan KL City 2-0 di Stadium MBPJ malam ini.-IHSAN PDRM FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuala Lumpur City (KL City) FC terus berdepan episod kekalahan, kali ini tumpas 0-2 kepada PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Dalam aksi tersebut, skuad kendalian Nenad Bacina lebih banyak menguasai bola, namun ketumpulan jentera serangan yang diketuai Tchetche Kipre menghukum mereka.

Barisan pertahanan The Cops juga mempamerkan aksi yang berdisiplin selain ketangkasan penjaga gol PDRM FC, Mohamad Ramadhan Ab Hamid turut membantu pasukan meraih kemenangan malam ini.

Peluang terbaik KL City hadir pada minit ke-20, namun rembatan deras Kipre berjaya ditepis dengan cemerlang oleh Ramadhan.

Kipre sekali lagi dikecewakan penjaga gol itu apabila tandukannya hasil hantaran lintang Zhafri Yahya diselamatkan pada minit ke-36 sebelum tampanan Paulo Josue pula terkena tiang pada minit ke-44.

Keputusan 0-0 kekal sehingga tamat babak pertama dan bersambung separuh masa kedua, Ramadhan terus menjadi penghalang buat KL City apabila berjaya memastikan gawang PODRM kekal kebal.

Pada minit ke-60, tuan rumah membuatkan KL City FC terdiam apabila mereka yang lebih banyak berkubu di kawasan sendiri berjaya merobek gawang lawan menerusi penyudah Marcus Macauley.

Gol itu memberi semangat kepada PDRM dan hasilnya, mereka berjaya menggandakan kedudukan pada minit ke-74 hasil rembatan deras Fadi Awad .

Kemenangan itu pasti memberi tonik buat PDRM FC yang bakal turun menentang Penang FC bagi aksi separuh akhir kedua Piala Cabaran dengan mereka berkelebihan 2-1 secara agregat.

KL City FC pula jelas perlu bekerja lebih keras menjelang separuh akhir kedua Piala Malaysia berdepan Terengganu FC (TFC) yang menyaksikan mereka ketinggalan 1-2.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya