Kenapa Harimau Malaya tak panggil pemain terbaik JDT?

Kenapa Harimau Malaya tak panggil pemain terbaik JDT?

Feroz Baharudin pemain pertahanan terbaik JDT.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hairan beberapa pemain terbaik Harimau Selatan seperti Afiq Fazail dan Feroz Baharudin tidak mendapat panggilan skuad kebangsaan.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu juga mengakui sentiasa terbuka untuk menyediakan barisan pemain terbaik untuk mewakili Harimau Malaya dan JDT juga tidak mempunyai sebarang halangan untuk melepaskan pemain untuk tugasan antarabangsa.

Tunku Ismail juga mendedahkan dirinya sentiasa berhubung dengan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), terutama barisan kejurulatihan dan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin untuk meningkatkan mutu bola sepak negara.

Bagaimanapun, Tunku Ismail hairan selepas beberapa pemain bintang JDT tidak dipanggil untuk memperkuat skuad negara tatkala pasukan selatan tanah air itu memiliki pemain terbaik dalam negara dan berpotensi besar

“Saya hairan mengapa Kim Pan Gon tidak memanggil pemain seperti Afiq Fazail dan Feroz Baharudin. Kita boleh lihat statistik Feroz pada musim ini antara yang terbaik.

“Beliau (Feroz) suatu hari nanti pasti menjadi kapten JDT. Jangan dilupa juga pemain seperti (Shio) Hong Wan, Shahrul Saad, Syafiq Ahmad dan Syahmi Safari yang juga berkualiti untuk mewakili Malaysia,” katanya dalam program Nindia Bola di Astro Arena kelmarin.

AFIQ FAZAIL

Mengulas lanjut, Tunku Ismail berkata, pemilihan pemain berdasarkan minit permainan juga dianggap kurang tepat tatkala pengendali kelahiran Korea Selatan masih memanggil pemain seperti Akhyar Rashid dan Safawi Rashid untuk membantu negara.

“Kalau kita nak menilai semata-mata berdasarkan minit permainan, kenapa pilih Akhyar Rashid? kenapa ambil ­Safawi Rasid? Jadi jangan gunakan minit permainan sebagai satu alasan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya