KOTA BHARU: Atlet taekwondo Kelantan meraih tiga emas, empat perak dan empat gangsa dalam Kejohanan TSU Taekwondo Championship 2023 yang diadakan di Thaksin University di Songkla, Thailand baru-baru ini.
Ketua jurulatih taekwondo Kelantan, Zakaria Ismail berkata,pencapaian itu merupakan satu kejutan dan pencapaian paling cemerlang kontinjen Kelantan dalam kejohanan luar negar ayang bertaraf antarabangsa.
Katanya, pingat emas dalam kejohanan itu dimenangi menerusi Mohamad Hanis Amsyar dalam acara 35-39 kilogram (kg), Mohamad Isyraf Zafran bagi acara 78 kg dan Aisyah Amani untuk kategori 25-28 kg.
“Alhamdulillah, pencapaian ini adalah yang terbaik untuk kontinjen Kelantan. Biarpun pada awalnya kami ditimpa musibah dengan apabila seorang atlet harapan ditimpa kemalangan manakala seorang lagi mengalami demam.
“Atlet yang ada sedar mereka mengalas misi besar dan mereka berjaya membuktikan kemampuan masing-masing untuki mengharumkan nama Kelaantan dan Malaysia khususnya dalam kejohanna luar negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Zakaria, pada kejohanan berkenaan, kontinjen Kelantan menghantar seramai 20 orang atlet yang berumur dalam lingkungan lapan hingga 17 tahun dan mereka merupakan atlet pelapis.
“Kita memberikan tumpuan kepada pembangunan akar umbi untuk atlet taekwondo di Kelantan dan penyertaan mereka dalam kejohanan ini adalah sebagai pendedahan kepada suasana pertandingan yang sebenar,” katanya.-UTUSAN