Kelly Tan janji aksi lebih matang

Kelly Tan janji aksi lebih matang

KELLY Tan menjawab pertanyaan media dalam sidang akhbar golf LPGA Maybank di KLGCC, Bukit Kiara semalam. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain golf wanita No. 1 Malaysia, Kelly Tan kini tampil dengan aura yang lebih matang pada Kejohanan Golf Maybank LPGA 2023 yang kembali selepas enam tahun menghilang daripada landskap sukan antarabangsa.

Seiring dengan peningkatan usianya yang akan menginjak ke angka 30 tahun sewaktu kejohanan membuka tirai, esok, Kelly berkata, berbanding enam tahun lalu iaitu sewaktu Kejohanan Golf Sime Darby LPGA 2017, banyak yang telah berubah terutama corak permainannya.

“Saya berasakan perjalanan ini sangat penting untuk kehidupan saya, sejak berusia 17 tahun saya telah mula beraksi dalam kejohanan LPGA, tetapi, kini saya lebih matang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Kelly akan mengetuai cabaran Malaysia dengan lima lagi pemain muda mengiringinya iaitu Jeneath Wong, Natasha Andrea Oon, Kelly Tan, Alya Abdulghany, Ashley Lau dan pemenang pingat emas, Sukan SEA 2023 di Kemboja, Jing Xuen Ng yang hanya berusia 15 tahun.

Anak kelahiran Johor itu melahirkan rasa terujanya dapat kembali beraksi di tanah air sendiri dan berharap dapat mempamerkan aksi terbaiknya pada kejohanan itu.

KELLY Tan (tiga, kiri) bersama barisan pemain yang akan beraksi dalam LPGA Maybank Malaysia.

“Saya gembira akhirnya dapat beraksi di Malaysia, saya kerap bermain di sini (di Kuala Lumpur Golf & Country Club). Saya hanya mahu memberikan yang terbaik dan lihat di mana saya mampu meletakkan diri saya pada pertandingan ini nanti,” ujarnya.

Ketika ditanya beraksi di KLGCC bakal memberi kelebihan kepadanya, Kelly memberitahu, lapangan golf bukan menjadi penentu kepada kejayaan seseorang pemain.

Jelasnya, ia bergantung sejauh mana keyakinan pemain itu mempamerkan aksinya ketika kejohanan dan begitu juga dengan dirinya yang turut mencari keserasian apabila pertandingan bermula.

“KLGCC telah melaksanakan tugas mereka dengan cukup baik, saya tidak pernah melihat keadaan lapangan golf yang cukup mengagumkan, saya sukakan lapangan ini, walaupun, sedar cabaran yang datang bukanlah mudah,” tambahnya.

Bercakap mengenai sasaran, Kelly berkata, dia hanya mahu mencari keyakinan diri pada Kejohanan Golf Maybank kerana selepas ini, pertandingan di Florida, Amerika Syarikat menjadi sasarannya untuk menamatkan musim ini dengan keputusan yang cemerlang. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya