Kedah terus hambat Selangor

Kedah terus hambat Selangor

PEMAIN Kuala Lumpur City, Zhafri Yahya cuba melepasi kawalan pertahanan Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur kelmarin. – IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perebutan tempat kedua Liga Super yang menjanjikan slot ke Piala AFC musim depan semakin sengit dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC semakin mendekati Selangor FC selepas menang 1-0 ke atas Kuala Lumpur City (KL City) kelmarin.

Anak-anak buah Nafuzi Zain ketika ini dibezakan lima mata dengan Selangor yang berada di kedudukan kedua Liga Super namun, skuad Sang Kenari masih kekurangan satu perlawanan berbanding skuad Tan Cheng Hoe yang sudah beraksi dalam 23 perlawanan.

“Syukur kerana dalam lima perlawanan terakhir ini, tiga mata sangat penting. Menentang KL City, pemain beraksi dengan baik dan bermain seperti yang dirancang. Ketiadaan empat tonggak utama juga tidak mendatangkan masalah buat kami.

“Kami sedar KL City adalah pasukan yang sukar. Mereka lebih berdisiplin pada separuh masa pertama dan lebih menyerang pada babak kedua dan kami sabar, tidak gopoh dan tidak boleh kehilangan bola,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Ditanya sama ada Kedah mampu memintas Selangor di tangga kedua, Nafuzi berkata, kelebihan dilihat lebih kepada Selangor namun tidak menolak kemungkinan ianya boleh terjadi meskipun sedar ianya bukan perkara yang mudah.

“Perebutan tempat kedua jika dilihat situasi sekarang lebih memihak kepada Selangor, tetapi kita ada sasaran dan berada di landasan betul dan akan berjuang sampai akhir musim walaupun tahu ianya sukar tetapi tidak mustahil dan bergantung pada pemain.

“Sebelum bertemu Selangor, kami perlu berhadapan Negeri Sembilan dan Kelantan terlebih dahulu dan kita perlu menang kedua-dua aksi ini. Saya rasakan penentuan akan berlaku pada perlawanan terakhir iaitu ketika menentang Sabah,” katanya.

Nafuzi juga mahu pasukannya menumpukan perhatian kepada saingan dalam Piala Cabaran kerana KDA mahu menjuarai piala berkenaan selain mahhu kekal dalam persaingan di Liga Super

“Bagi saya kita sekarang fokus Liga Super dan begitu juga Piala Cabaran kerana kita mahukan piala itu jadi kita perlu menang apabila bertemu Kuching City pada Rabu,” katanya.

Dalam aksi menentang KL City FC, jaringan tunggal Ifedayo Olusegun menerusi penalti memastikan Sang Kenari membawa pulang tiga mata penuh dan kini semakin menekan Selangor untuk perebutan slot ke Piala AFC musim depan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya