Kebencian bakar semangat Lions berdepan Springboks

Kebencian bakar semangat Lions berdepan Springboks

England turun sebagai pasukan bukan pilihan apabila menentang juara bertahan, Afrika Selatan pada separuh akhir Piala Dunia di Paris esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Ellis Genge menegaskan, menjadi pasukan ‘paling dibenci’ membuatkan semangat The Lions makin membara untuk mengalahkan juara bertahan, ­Afrika Selatan dalam separuh akhir Ragbi Piala Dunia hari ini (3 pagi esok waktu Malaysia).

England menumpaskan Fiji 30-24 pada suku akhir untuk kekal sebagai satu-satunya pa­sukan yang tidak tewas sepanjang kempen di Perancis.

Skuad bimbingan Steve Borthwick itu bagaimanapun akan turun di Stade de France sebagai underdog (bukan pilihan).

“Saya sangat suka bunyi ­bising (kritikan, ejekan) kami ibarat menongkah arus dengan semua orang mahu melihat kami kalah.

“Orang lain mungkin ber­usaha menyekat semua perkara negatif itu tapi saya pula menjadikannya seperti bahan api yang membakar semangat,” kata prop ­England itu.

Bagi menghadapi Springboks, England akan­ ­melakukan tiga pertukaran daripada skuad yang mengalahkan Fiji.

Joe Marler, Freddie Steward dan George Martin akan dibawa masuk menggantikan Ellis Genge, Marcus Smith serta Ollie Chessum.

Sementara itu, Afrika Selatan mengekalkan barisan pemain yang menumpaskan tuan rumah, Perancis 29-28 di suku akhir.

“Persaingan merebut tempat dalam skuad sangat sengit dan barisan jurulatih membuat penilaian yang amat dalam sebelum mengambil keputusan.

“Kami tidak berdepan isu kecederaan, jadi mereka yang dipilih adalah yang terbaik untuk perlawanan ini. Kami mahu meneruskan momentum dan keyakinan yang sudah dibina,” kata Ketua Jurulatih Afrika Selatan, Jacques Nienaber. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya