KBS sedia bantu atlet skuasy bagi buru emas di Los Angeles 2028

KBS sedia bantu atlet skuasy bagi buru pingat emas di Sukan Olimpik Los Angeles 2028

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh beramah mesra dengan barisan atlet para negara sebelum mereka berangkat ke Sukan Para Asia Hangzhou 2022 semalam. (FOTO: Ihsan Majlis Sukan Negara)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik kemasukan skuasy ke dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028, dan bersedia untuk menyerap barisan pemain skuasy kebangsaan ke dalam program ‘Road to Gold” (RTG) sebagai usaha mencerahkan peluang kontinjen Malaysia meraih pingat emas di temasya itu nanti.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang juga Pengerusi Bersama RTG menjelaskan penyenaraian skuasy ke dalam program RTG akan dimuktamadkan selepas Jawatankuasa RTG bersidang hujung bulan ini.

Ketika ini, Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) telah memaklumkan sebanyak dua pingat emas akan dipertandingkan di temasya sukan itu nanti, iaitu menerusi perseorangan lelaki dan wanita.

Bagaimanapun kaedah kelayakan dan peruntukkan kuota negara untuk Sukan Olimpik Los Angeles 2028 akan diumumkan kelak.

SKUASY yang muncul pasukan paling cemerlang pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou dengan meraih tiga pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa.

“Semestinya berita mengenai sukan skuasy dimasukkan ke dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028 adalah satu berita yang sangat baik untuk kita, kerana di peringkat Sukan Asia kita sudah berjaya memenangi tiga pingat emas, membabitkan acara perseorangan lelaki, wanita dan berpasukan wanita.

“Saya percaya dengan berita terkini ini, Jawatankuasa RTG akan mengambil kira semua pengumuman yang telah berlaku dan melihat bagaimana kita boleh perkasakan sistem sokongan yang terbaik bagi membantu atlet-atlet kita mendapatkan pingat emas di Paris dan Los Angeles kerana Perdana Menteri telah mengumumkan satu bajet yang bagus, iaitu RM 20 juta untuk RTG, dan tunggu Jawatankuasa yang akan bersidang pada hujung bulan ini untuk membuat pengumuman tentang perkara ini.

“RTG adalah sokongan tambahan yang diberikan untuk pastikan peluang kepada atlet tersebut mendapatkan pingat emas di Sukan Olimpik adalah peluang yang terbaik.

“Sebab itu saya percaya, apa-apa yang diperlukan oleh mereka dalam bajet yang kita ada, kita akan lakukan yang terbaik untuk membantu mereka bagi mendapatkan pingat emas itu,” jelas Hannah yang ditemui media ketika pelepasan Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Para Asia ke-4 Hangzhou 2022 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya