Kata berpasukan wanita hadiahkan pingat perak

Kata berpasukan wanita hadiahkan pingat perak

TRIO Lovelly Anne Robberth, Naccy Nelly Evvaferra Rojin dan Niathalia Sherawinnie Yampil menghadiahkan pingat perak buat Malaysia dalam acara kata berpasukan wanita pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou. - BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gandingan Lovelly Anne Robberth, Naccy Nelly Evvaferra Rojin dan Niathalia Sherawinnie Yampil menghadiahkan pingat perak buat Malaysia dalam acara kata berpasukan wanita pada hari kedua pertandingan karate di Sukan Asia Hangzhou hari ini.

Trio negara memperoleh 39.0 mata di belakang pasukan Vietnam yang memenangi pingat emas dengan paparan mata akhir 42.7.

Malaysia sebelum ini turut tewas kepada Vietnam itu dalam Kejohanan Asia di Melaka, Julai yang menyaksikan pasukan itu memenangi perak dan trio negara membawa pulang gangsa.

Untuk rekod acara kata berpasukan kali pertama dipertandingkan di temasya Sukan Asia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya