Kane tidak cemburu jika Tottenham juarai Liga Perdana Inggeris

Kane tidak cemburu jika Tottenham juarai Liga Perdana Inggeris

HARRY Kane (kanan) kini gembira dengan kehidupan di Bayern Munich. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Harry Kane menegaskan dia tidak menyesal mening­galkan Tottenham, sekali pun kelab itu memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) di bawah kendalian Ange Postecoglou selepas ini.

Kane yang kini menikmati kehidupan baharunya di Jerman bersama Bayern Munich mungkin dibayangi rasa cemburu apabila melihat bekas kelabnya itu terbang tinggi dalam EPL di bawah jurulatih baharu.

Bagaimanapun, dia tidak iri hati, malah sebenarnya mahu melihat kelab itu mengekalkan prestasi baik tersebut dan memenangi gelaran juara.

Kata Kane, tiada penyesalan jika Spurs bergelar juara kerana dia sudah pun berada di Jerman yang mana kelab baharunya adalah juara Bundesliga.

“Saya telah katakan ­dengan jelas kepada peminat Tottenham yang saya ingin melihat mereka melakukannya ­(menang kejuaraan EPL) ­dengan baik.

“Tiada pasukan lain dalam EPL yang saya mahu menang selain Tottenham.

“Sebab saya bermain dalam liga baharu? Jika saya mence­cah usia 40 tahun dan bersara, bila saya lihat semula ke belakang dan ketika itu menyedari saya tidak pernah bermain dalam liga lain, saya pasti tertanya-tanya kenapa jadi begitu,

“Jadi sekarang di sini ­(Bayern), saya teruja dan tidak pernah menyesali keputusan,” katanya.

Kane telah meledak 59 gol untuk England sekali gus menjadi penjaring terbanyak negara itu, selain 280 gol bersama Spurs.

Kedua-dua rekod itu menjadi punca utama dia berpindah ke Bayern dengan nilai 86 juta pound (RM499 juta) pada musim panas lalu, namun dia percaya bahawa dia juga belum mencapai kemuncak prestasi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya