Kalahkan All Blacks dengan satu mata, Springboks raih Piala Dunia

Kalahkan All Blacks dengan satu mata, Springboks raih Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Juara bertahan, Afrika Selatan memahat rekod merangkul kejuaraan Ragbi Piala Dunia buat kali keempat selepas menumpaskan New Zealand dalam aksi sengit 12-11 awal pagi tadi.

New Zealand terpaksa menamatkan permainan dengan 14 orang selepas kapten mereka, Sam Cane menjadi pemain pertama dilayangkan kad merah dalam perlawanan akhir.

Pemain fly-half Afrika Selatan, Handre Pollard menyempurnakan empat tendangan penalti untuk menyumbang kesemua mata skuad Springboks dalam aksi yang ditonton lebih 80,000 orang di Stade de France.

Kemenangan itu membolehkan Afrika Selatan mengulangi final 1995, iaitu kali terakhir mereka mengalahkan All Blacks dalam Piala Dunia, sekali gus menafikan hajat lawan untuk menjulang trofi keempat.

Kapten Springboks, Siya Kolisi menjulang Piala Webb Ellis tinggi-tingginya, sebelum mencium dan menjerit kepuasaan ketika penyampaian hadiah.

PEMAIN Afrika Selatan meraikan kejayaan menewaskan New Zealand. – AFP

“Orang yang bukan dari Afrika Selatan tidak faham apa maknanya kemenangan ini bagi negara kami. Ia bukan sekadar mengenai permainan. Negara kami melalui banyak perkara.

“Saya ingin beritahu penduduk Afrika Selatan, ‘Terima kasih banyak-banyak’. Pasukan ini menunjukkan apa yang anda boleh lakukan,” kata Kolisi.

Ketika pemain Afrika Selatan sedang meraikan kejuaraan, Kolisi berhenti dan menaiki tangga stadium.

Dia menuju ke bahagian atas untuk bertemu rakan istimewanya iaitu legenda tenis Switzerland, Roger Federer. Ibu Federer adalah warga Afrika Selatan.

Sementara itu, Cane tampak amat kecewa, namun mengakui sukar buat All Blacks mengharungi sebahagian besar permainan dengan kekurangan seorang pemain.

“Sangat..sangat kecewa.

“Pertama sekali, kami perlu bermain dengan 14 orang selama 50 minit terakhir, saya fikir keberanian yang mereka tunjukkan di sini malam ini adalah luar biasa, seluruh pasukan adalah pahlawan mutlak,” katanya.

Cane dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan tinggi ke atas pusat Jesse Kriel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya