Kalah di laman sendiri, Newcastle pilih laluan sukar

Kalah di laman sendiri, Newcastle pilih laluan sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEWCASTLE: Pengurus Newcastle United, Eddie Howe berkata, pasukannya memilih jalan sukar untuk mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara selepas kalah 0-1 kepada Borussia Dortmund di laman sendiri awal pagi tadi.

Felix Nmecha meledak jaringan tunggal perlawanan selepas tiang gol dua kali menafikan hasrat Newcastle untuk menyamakan kedudukan.

Kemenangan pertama Dortmund dalam Kumpulan F membolehkan kelab Jerman itu mengatasi Newcastle berdasarkan rekod pertemuan selepas kedua-dua pasukan berkongsi empat mata.

Paris Saint-Germain (PSG) yang membenam AC Milan 3-0 dalam satu lagi perlawanan awal pagi tadi mengungguli kumpulan dengan enam mata.

Newcastle yang kembali ke pentas Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun, dengan bergaya menumbangkan PSG 4-1, tiga minggu lalu.

Begitupun selepas mencatat keputusan mengejutkan itu, Dortmund membawa The Magpies ‘kembali berpijak ke bumi nyata’.

“Secara taktikal mereka (Dortmund) sangat bagus dan memberi kami masalah di kawasan tengah.

“Pada separuh masa kedua kami jauh lebih baik dan malangnya bola tidak masuk.

“Tiang menafikan beberapa peluang kami tetapi kami perlu melihat diri sendiri, kekalahan ini menyukarkan laluan kami di peringkat kumpulan,” kata Howe.

Dortmund gagal menjaringkan gol dalam dua aksi pembukaan kumpulan tetapi kalah kepada PSG bulan lalu satu-satunya kekalahan mereka dalam 12 perlawanan setakat musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya