Kai Yi, Isaac ungguli Putrajaya Aquafest - Utusan Malaysia

Kai Yi, Isaac ungguli Putrajaya Aquafest

Atlet renang jarak jauh, Lim Kai Yi mengungguli Saingan Renang Perairan Terbuka Ultra Maraton 16km, Putrajaya Aquafest yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Presint 6, Putrajaya. (FOTO: ihsan NX113)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Putrajaya Aquafest dilangsungkan dengan jayanya hujung minggu lalu di Kompleks Sukan Air Presint 6, menyaksikan perenang jarak jauh Lim Kai Yi dan atlet triathlon Isaac Tan mencuri tumpuan dengan kemenangan dalam acara masing-masing.

Putrajaya Aquafest, yang dianjurkan oleh NX113 dan didukung oleh Perbadanan Putrajaya, menampilkan dua acara berasingan iaitu Renang Perairan Terbuka Ultra Maraton 16km pada Sabtu dan Aquathlon Putrajaya pada Ahad.

Saingan Renang Perairan Terbuka Ultra Maraton 16 kilometer (km) pula menyaksikan kemenangan berpihak kepada atlet negeri Perak, Kai Yi .

Kai Yi, 17, menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan rekod masa 3 jam 10 minit 28 saat (s), manakala pingat perak milik atlet Sepanyol, Jose Luis Larrosa Chorro sementara Chelsea Ning Lee akur meraih pingat gangsa.

Kai Yi, yang meraih pingat perak dalam acara 5km di Kejohanan Renang Perairan Terbuka Asia Tenggara pada awal Februari tahun ini di venue yang sama, berasa bangga dengan pencapaiannya.

“Ini merupakan cubaan pertama saya bagi jarak 16km. Pada mulanya, saya hanya mensasarkan podium, langsung tidak menjangka sama sekali dapat memenanginya,” kata Kai Yi, yang dilatih oleh bekas jaguh jarak jauh kebangsaan Kevin Yeap.

“Saya ingin berterima kasih kepada ‘coach Kevin’ kerana membantu saya persiapan saat akhir yang memakan masa tiga minggu. Meskipun saya membuat keputusan saat akhir, ‘coach Kevin’ tetap menyokong padu dan mendorong saya untuk mencubanya,” jelas Kai Yi.

Sementara itu, bagi acara NX Aquathlon pula diungguli jaguh triathlon negara, Isaac Tan selepas melakar masa 31.13s untuk dinobatkan sebagai juara kebangsaan tahun ini mengatasi pencabar terdekatnya, Amri Ikhsaan Yazdani 32:09s

Jaguh triathlon negara, Isaac Tan memenangi acara NX Aquathlon. (FOTO: Ihsan NX113)

“Kemenangan ini sememangnya menggembirakan dan datang tepat pada masa tatkala saya sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi dua pusingan Piala Triathlon Asia di Kota Kinabalu dan Hong Kong pada November.

“Namun saya rasa catatan masa untuk kali saya rasa boleh baiki lagi. Saya tidak dapat melakukan larian yang baik kerana kulit kaki saya melepuh.

“Saya akan cuba mencatat masa yang lebih memberangsangkan apabila beraksi di Kejohanan Duathlon Kebangsaan pada bulan depan (gabungan disiplin berbasikal dan larian, 26 November di Seremban). Saya harus mempamer aksi lebih bertenaga jika ingin muncul juara kebangsaan untuk kali ketiga kerana saya akan berdepan ramai pelari handalan,” jelas Isaac yang pernah mewakili Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya