Jun Hao idam 'pecah telur' di KL Masters

Jun Hao idam ‘pecah telur’ di KL Masters

LEONG Jun Hao memburu kejuaraan antarabangsa pertamanya apabila beraksi dalam Masters Kuala Lumpur 2023 yang akan membuka tirai di Stadium Titiwangsa, Selasa depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao menaruh harapan tinggi untuk memburu gelaran antarabangsa pertamanya tahun ini dalam Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur 2023 yang membuka tirai di Stadium Titiwangsa, Selasa depan.

Walaupun tiada nama besar menyertai saingan kali ini memandangkan ia hanya bertaraf Super 100, Jun Hao tetap ­waspada dengan ancaman barisan pemain yang mampu mengugat impiannnya untuk bergelar juara.

Apatah lagi Jun Hao baru ­sahaja pulih daripada kecederaan belakang ketika menyertai Terbuka Artik di Vantaa, Finland awal bulan ini, yang ­menyaksikan perjalanannya terhenti di peringkat suku akhir.

Satu-satunya gelaran yang diraih Jun Hao tahun ini hanyalah bertaraf domestik iaitu juara kebangsaan ketika Julai lalu.

“Persiapan semuanya berjalan dengan baik, sebaik saya pulang ke Malaysia, saya terus menjalani pemulihan. Sekarang sudah 100 peratus bersedia.

“Waktu di Terbuka Artik, gaya permainan saya semua sudah ok, cuma saya mengalami kecederaan dan terpaksa menarik diri.

“Diharapkan apabila beraksi di sini nanti (Masters Kuala Lumpur) saya boleh terus bina momentum.

“Saya memang harap kalau boleh untuk meraih gelaran juara di laman sendiri,” kata Jun Hao ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara semalam.

Bagi saingan kali ini, Jun Hao mendapat bye di pusingan pertama dan seterusnya terpaksa menanti pemenang di antara Ricky Tang dari Australia ­dengan pemain daripada pusi­ngan kelayakan untuk aksi pusi­ngan kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya