Jumpa dulu kita bincang – Sumali

Jumpa dulu kita bincang – Sumali

SUMALI REDUAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan mahu satu perjumpaan khas diadakan antara pihak jawatankuasa tertinggi PSM dengan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf).

Katanya, perjumpaan itu sangat penting sebelum beliau atau mana-mana individu lain dalam PSM ­menerima pelawaan daripada badan induk sepak takraw dunia itu untuk menjawat jawatan Naib Presiden 1 Istaf.

Menurut Sumali, beliau tidak menolak pelawaan tersebut, namun perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu dengan jawatankuasa tertinggi PSM dan jika bukan dirinya, individu lain dalam PSM boleh berada di dalam Istaf.

“Saya sendiri tidak dimaklumkan secara rasmi tentang pelawaan ini, ­hanya tahu daripada media.

“Dalam sudut lain, mungkin ada kebaikan tetapi, perlu diperincikan bagi mengelak masalah kerana PSM dan Istaf ada konflik sejak dahulu lagi.

“Tetapi kalau PSM duduk dalam Istaf pun, ia bukan masalah besar, kalau ada keperluan boleh. Ikut logik, Malaysia kena ada dan berada dalam badan induk itu kerana kita merupakan antara kuasa besar sepak takraw dunia.

“Sepatutnya, bukan saya duduk sekarang dalam Istaf, kalau ada pun selepas pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan kalau bukan saya, mungkin rakan-rakan daripada jawatankuasa tertinggi PSM,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya