Izzatul Musfirah bakal gegar olahraga Malaysia

Izzatul Musfirah bakal gegar olahraga Malaysia

IZZATUL Musfirah Ahmad Kamal Azira (empat, kanan) menerima trofi Olahragawati Kejohanan Olahraga MSSM Ke-63 daripada Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying (tiga, kanan) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin. – UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Ingat nama ini, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira, jaguh pecut remaja dari Terengganu yang akan menggegarkan olahraga negara tidak lama lagi.

Itu keyakinan yang dilaungkan Pengerusi Teknik Pembangunan Sukan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Terengganu, Khairul Azman Adenan melihat prestasi ditunjukkan Izzatul dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Ke-63 yang menutup tirai kelmarin.

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad, Kuala Terengganu itu dinobat sebagai olahragawati selepas menggondol lima pingat emas, selain dua rekod kejohanan dalam 200 meter (m) lari berpagar dan 200m perempuan bawah 15 tahun.

“Saya bersyukur ­de­ngan prestasi yang ditunjukkannya, memang dia layak mendapat apa yang dicapai sekarang. Ia tidak mengejutkan kerana saya lihat dedikasi, latihan serta disiplin di dalam dan luar balapan.

“Saya mula melatihnya sejak Disember 2022 menerusi program khas pembangunan oleh Jabatan Pendidikan ­Negeri Terengganu, sebelum itu dia menjalani latihan biasa sahaja dan Alhamdulillah, program berkenaan menampakkan hasilnya.

“Catatan masanya dalam 100m dan 200m menepati apa yang kami sasarkan. Program latihannya masih di peringkat tiga iaitu asas, belum masuk gimnasium dan sebagainya, banyak lagi ruang untuk ditingkatkan,” katanya.

Catatan 24.66 saat (s) yang dilakukan Izzatul pada perlumbaan akhir 200m perempuan bawah 15 tahun berjaya memecah rekod berusia 21 tahun milik Fauziah Abd. Razak iaitu 25.09s.

Catatan itu juga mengatasi rekod MSSM bawah 18 tahun milik Sheeren Samson Vellabouy pada 2015 iaitu 24.89s.

Dia juga memadam rekod ­Azreen Nabila Alias dalam acara 200m lari berpagar perempuan bawah 15 tahun yang dilakukan pada 2015 (27.56s) apabila mencatat 27.43s.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya