Isu Zii Jia, media selesai - MOM

Isu Zii Jia, media selesai – MOM

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia kini boleh memberi sepenuh tumpuan kepada Sukan Asia 2022 selepas isu melibatkan dirinya dan pihak media di Hangzhou akhirnya selesai.

Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia, Datuk Chong Kim Fatt mengambil inisiatif menjadi orang tengah untuk memulihkan keadaan antara pihak pasukan Lee Zii Jia dengan media Malaysia yang melakukan liputan di temasya itu.

Satu perjumpaan tertutup telah diaturkan Kim Fatt bersama kedua-dua belah renteten wujud ketegangan susulan tindakan Zii Jia yang dikatakan beredar dari zon temubual setelah diarah petugas sukarelawan kerana telah melebihi masa ditetapkan iaitu 120 saat (s) sejurus tewas kepada pemain Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin dalam acara berpasukan.

Ia mencetuskan rasa kurang senang media memandangkan beberapa atlet sebelum ini yang ditemubual mereka tidak terikat dengan had masa berkenaan.

“Mewakili pihak MOM dan sekretariat kontinjen Malaysia di Sukan Asia Hangzhou 2022, saya ingin mengumumkan bahawa isu membabitkan perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan beberapa pihak media Malaysia yang kini sedang membuat liputan ini telah pun diselesaikan.

“Kedua-dua belah pihak telah pun menjernihkan keadaan dan akan bergerak ke hadapan demi kebaikan kontinjen Malaysia,” jelas Kim Fatt dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Zii Jia yang kini beraksi dalam acara individu berjaya meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga setelah menumpaskan pemain tidak ternama dari Timor Leste, Mourinho De Jesus  21-0, 21-7 dalam aksi yang berlangsung di Gimnasium Binjiang hari ini.

Dia bakal turun  menentang juara dunia 2023, Kunlavut Vitidsarn untuk mencari slot ke suku akhir esok.

Turut meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga perseorangan wanita, Goh Jin Wei yang mencatat kemenangan ke atas Thi Anh Thu Vu  dari Vietnam 21-10, 21-13. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya