'Harap rakyat Malaysia boleh bersabar dengan saya’

‘Harap rakyat Malaysia boleh bersabar dengan saya’

lee zii jia
LANGKAH Lee Zii Jia dalam Sukan Asia di Hangzhou berakhir di tangan H.S Prannoy pada suku akhir semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lee Zii Jia tidak berpuas hati selepas impiannya untuk sekurang-kurangnya meraih pingat gangsa dalam Sukan Asia Hangzhou diranapkan pemain India, H.S Prannoy pada suku akhir semalam.

Perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Binjiang, Hangzhou itu menyaksikan Zii Jia memberi tentangan sengit tetapi usahanya belum memadai apabila tewas tipis keputusan 21-16, 21-23, 21-23

Bagi Zii Jia ia keputusan yang mengecewakan memandangkan dia telah mengerah segala kudrat di atas gelanggang, namun tuah tidak memihak kepadanya.

Keputusan ini turut menafikan peluangnya untuk meraih pingat memandangkan format kejohanan menawarkan sekurang-kurangnya pingat gangsa kepada pemain yang ­layak ke separuh akhir.

“Bagi situasi saya sekarang, kadangkala saya beraksi dengan baik tetapi keputusan tidak bagus, dan hakikatnya kita perlukan keputusan yang bagus.

“Saya beraksi dengan baik pun hanya sampai ke suku ­akhir, tidak sama kalau ke separuh akhir.

“Jadi untuk rakyat Malaysia, bukan saya tidak mahu melakar keputusan yang baik tetapi inilah sebahagian daripada ­prosesnya, saya sendiri tidak tahu sampai bila keadaan macam ini.

“Saya lagi mahukan keputusan yang baik daripada anda semua, saya pun bukannya budak yang tidak berdisplin, ponteng latihan, setiap hari saya berlatih memberikan yang terbaik.

“Saya harap rakyat Malaysia boleh bersabar dengan saya, kerana saya sendiri tidak dapat terima keputusan pada perlawanan ini,” jelas Zii Jia.

Sementara itu, cabaran satu lagi wakil negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang beraksi dalam acara beregu campuran turut terkandas di suku akhir.

Tang Jie-Eei Wei akur kepada juara bertahan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China 14-21, 21-23.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya