Hanya 15 bulan selepas hampir dipecat, Foster julang All Blacks

Hanya 15 bulan selepas hampir dipecat, Foster julang All Blacks

PEMAIN sayap New Zealand, Will Jordan terbaring selepas melakukan try sambil diraikan rakan-rakan sepasukan ketika menentang Argentina pada separuh akhir Piala Dunia di Stade de France, Paris semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Hanya 15 bulan selepas hampir dipecat, Ian Foster membawa New Zealand ke satu lagi pentas final Ragbi Piala ­Dunia apabila membedil skuad kendalian Michael Cheika, Argentina 44-6 di Stade de France, semalam.

Sekiranya dia berjaya me­mimpin All Blacks menjulang Piala Webb Ellis buat kali keempat, kisah Foster pastinya akan menjadi cerita rakyat dan kemudian dia ditunjukkan pintu keluar dengan cara terhormat sebelum diganti oleh Scott ­Robertson.

Juara dunia tiga kali itu tidak diberi harapan untuk merangkul kejuaraan, terutama selepas memulakan kempen dengan kekalahan 13-27 kepada tuan rumah, Perancis pada 9 Oktober lalu.

Kini, All Blacks hanya dipisahkan 80 minit untuk ­merangkul kegemilangan Piala Dunia selepas bergelar juara pada 2015, 2011 dan 1987.

IAN Foster (tengah) meraikan kejayaan All Blacks menumpaskan Argentina semalam. – AFP

“Ini segala-galanya. Ia adalah matlamat. Kami datang ke sini dengan misi ke pentas akhir dan kemudian cuba memenanginya.

“Saya amat bangga dengan cara kami menghadapi kejohanan ini (menang 28-24 ke atas pasukan No. 1 dunia, Ireland pada suku akhir),” kata Foster.

Bakal Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon antara yang terawal menghambur pujian kepada All Blacks.

“All Blacks, pasukan hebat, luar biasa, berjuang dan membuktikan kepada pakar (pengkritik) mereka salah. Sekarang final, ada satu lagi gunung untuk didaki,” katanya.

“Ramai orang di luar sana punya banyak keraguan terhadap pasukan. Keputusan bercampur-campur, pemilihan (pemain), adakah kami cukup bagus. Sekarang kami di final Piala Dunia,” kata bekas fullback All Blacks, Israel Dagg. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya