Hang Yee-Eng Cheong idam kejuaraan kelima

Hang Yee-Eng Cheong idam kejuaraan kelima

Low Hang Yee (kanan) bersama Ng Eng Cheong ketika menguji gelanggang di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur bagi Kejohanan Badminton KL Masters 2023 yang membuka tirai hari ini. (FOTO: AMIR KHALID)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki profesional negara, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong mempunyai misi serampang dua mata menjelang Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur (KL) 2023 yang membuka tirai hari ini apabila bukan sahaja mahu memburu kejuaraan kelima, tetapi turut mahu mempertingkatkan kedudukan ranking dunia mereka.

Kejohanan Badminton Masters 2023 merupakan saingan yang pertama kali dianjurkan oleh Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Untuk tahun ini sahaja, Hang Yee-Ng Cheong sudah menggenggam tiga kejuaraan, bermula di Terbuka Slovenia, Terbuka Austria serta Terbuka Mongolia tidak termasuk satu gelaran yang diraih tahun lalu di Terbuka Ukraine.

Bagaimanapun kesemua kemenangan yang diraih mereka adalah bertaraf Cabaran Antarabangsa dan Siri Antarabangsa, justeru kemenangan di Masters KL bakal menjadi kejayaan tertinggi diraih mereka memandangkan saingan ini bertaraf Super 100.

Untuk saingan Masters KL 2023, Hang Yee-Eng Cheong diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan bakal turun menentang satu lagi wakil negara, Dickon Khoo-Li Bin Tan di pusingan pertama.

“Jika boleh menjadi juara di laman sendiri adalah lebih bagus, sebab bila kami dapat keputusan yang bagus, mungkin tahun hadapan kami berpeluang untuk beraksi di kejohanan lebih besar.

“Mengenai undian, kami tidak terlalu memikirkan sangat. Walaupun tidak banyak nama besar menyertai saingan kali ini, kami tidak boleh memandang rendah keupayaan para pencabar kami,” jelas Hang Yee yang ditemui Utusan Malaysia semalam.

Jika mereka berjaya menamatkan saingan minggu ini di atas podium, ia bakal membantu melonjakkan kedudukan ranking dunia mereka yang kini berada di tangga ke 48.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya