Hadiah LPGA Maybank paling lumayan

Hadiah LPGA Maybank paling lumayan

BARISAN bintang golf wanita yang bakal beraksi dalam kejohanan Golf Maybank LPGA 2023 di Kelab Golf Kuala Lumpur, Bukit Kiara yang akan membuka tirai esok. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas enam tahun menghilang, Kejohanan Golf Maybank LPGA 2023 kembali di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) dengan tawaran hadiah lumayan AS$3 juta (RM14.32 juta).

Pesuruhjaya Persatuan Golf Wanita Profesional (LPGA), Mollie Marcoux Samaan berkata, hadiah kemenangan tersebut merupakan yang tertinggi di Asia bagi bukan kejohanan utama dalam Jelajah LPGA.

Bagaimanapun, Samaan mengakui, hadiah tersebut masih belum mampu menandingi hadiah kemenangan pemain lelaki yang jauh lebih mewah berbanding wanita.

“Golf berdepan dengan cabaran yang cukup ketara apabila soal hadiah kemenangan diperkatakan.

“Kita masih ketinggalan di belakang lelaki dan ia masih mencipta jurang yang besar,” katanya kepada pemberita menjelang Kejohanan Golf Maybank LPGA 2023 di sini, semalam.

Menurut Samaan, jurang tersebut bukan sahaja wujud antara golf lelaki dan wanita, tetapi, hadiah kemenangan untuk pemain LPGA yang berada dalam ranking utama dunia juga masih mencatat perbezaan yang ketara.

“Seperti tahun lalu, pemain utama kami mampu meraih setengah juta dolar Amerika Syarikat (AS) dalam Jelajah LPGA, tetapi, untuk pemain yang menghuni ranking 100 ke atas masih ada yang hanya memperoleh AS$167,000 (RM797,615),” ujarnya.

Justeru, beliau memberitahu, fokusnya bukan sekadar untuk merapatkan jurang antara golf lelaki dan wanita, tetapi, juga memperbaiki pendapatan pemain yang berada dalam ranking 100 ke atas supaya mereka mampu meraih hadiah kemenangan yang lumayan.

Jelasnya lagi, untuk memastikan golf wanita tidak ketinggalan, pihaknya akui kualiti produk yang mereka miliki perlu ditingkatkan.

Untuk merealisasikan sasaran itu, tambah Samaan, LPGA perlu meningkatkan nilai komersial bagi membolehkan pihaknya meletakkan pemain berada dalam pasaran yang kompetitif.

“Kami mahu menunjukkan kepada dunia bahawa kami memiliki ramai pemain yang bebakar besar, jadi penting untuk mendapatkan hak siaran yang sewajarnya di kaca televisyen dan usaha mendekati peminat sukan golf menerusi teknologi dengan menyalurkan data lengkap para pemain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya