Garrido ketua jurulatih skuad B-23, Shukor jadi penolong

Garrido ketua jurulatih skuad B-23, Shukor jadi penolong

Juan Torres Garrido
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan pelantikan Juan Torres Garrido sebagai ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan yang baharu bagi menghadapi Piala Asia B-23 2024 di Qatar pada April depan.

Posisi ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaaan kosong selepas E. Elavarasan melepaskan jawatan berkenaan pada 18 September lalu untuk kembali fokus kepada tugasan asalnya sebagai penolong ketua jurulatih kebangsaan.

Garrido yang berasal dari Sepanyol yang lahir pada 19 Januari 1980, sebelum ini merupakan penolong ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan bagi membantu Elavarasan sejak September 2022.

SHUKOR Adan menutup karier sebagai pemain bola sepak profesional dengan bergaya apabila menjuarai Piala Malaysia 2021, yang juga koleksi kelimanya.- UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Selepas membuat penelitian dan penilaian menyeluruh, FAM juga telah membuat keputusan untuk memilih dan melantik bekas kapten skuad kebangsaan, Shukor Adan sebagai penolong ketua jurulatih B-23 kebangsaan yang baharu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya