Ganti De Gea dengan Onana satu kesilapan bagi Manchester United

Ganti De Gea dengan Onana satu kesilapan bagi Manchester United

ANDRE ONANA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Bekas penjaga gol Manchester United, Ben Foster percaya majikan lama­nya melakukan kesilapan apabila menandatangani Andre Onana.

Pemain Cameroon itu dibawa masuk dari Inter Milan dengan yuran 47.2 juta pound (RM273 juta), Julai lalu bagi menggantikan penjaga gol utama, David de Gea yang ­meninggalkan Red Devils secara percuma.

De Gea telah berkhidmat dengan United selama 12 musim dan membuat 545 penampilan.

Penjaga gol Sepanyol itu pada mulanya bersetuju melanjutkan kontrak tetapi Uni­ted menarik balik tawaran kerana merasakan gaji yang dibayar kepada pemain tersebut terlalu tinggi.

Sejak awal lagi, pengurus United, Erik ten Hag dikatakan sudah merancang untuk ­menyingkirkan De Gea.

Dia lebih meyakini Onana yang pernah bekerjasama ­dengannya ketika di Ajax.

Begitupun penjaga gol berusia 27 tahun itu gagal memenuhi reputasinya sejak tiba di England apabila hanya sekali tidak dibolosi dalam 11 penampilan.

Onana juga banyak me­lakukan kesilapan, terutama ketika United kalah 4-3 kepada Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara.

“Tidak dinafikan ini satu kesilapan yang tidak sepatutnya.

“Ia seperti yang berlaku di ­Arsenal dengan kehadiran (David) Raya. Ia tidak perlu. Posisi penjaga gol sudah bagus, jadi seharusnya dibiarkan seperti sedia ada,” jelas Foster. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya