PETALING JAYA: Pasukan GamesMY Kespoc dari Kelantan meraih gelaran kejuaraan kejohanan MLBB State yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2023 selepas berjaya menewaskan wakil daripada negeri Johor.
GMY Kespoc yang mewakili negeri Kelantan disertai oleh Wan Aidil Hakim Din, Wan Aidil Amin Wan Azhar, Muhammad Azrul Izani, Ahmad Zaim Faezi Fauzi dan Muhd Hakimi Ramzi Muhd Mahyudin berjaya membawa pulang piala kejohanan, medal, enam headset jenama iinvictor dan wang tunai bernilai RM5,000.
Dalam pada itu, pasukan Johor membawa pulang medal dan wang tunai RM3,000 manakala tempat ketiga milik pasukan dari Sabah yang menerima medal serta wang tunai RM2,000.
Pasukan dari Labuan meraih tempat keempat dengan menerima medal dan wang tunai RM1,000.
Menurut Rafidah Abu Bakar, Penolong Pengarah Unit Esports Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) selaku wakil penganjur menyifatkan penganjuran Kejohanan Esport bersempena Hari Sukan Negara(HSN) tahun ini sangat meriah.
Tambahnya, penglibatan peserta yang sangat menggalakan dalam semua acara yang dipertandingan termasuklan peserta-peserta dari luar negara yang turut mengambil bahagian.
Ini membuktikan sukan e-sukan semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat tempatan, selain Malaysia turut menjadi tumpuan negara luar dalam kejohanan tersebut.
“Tahun ini merupakan penganjuran HSN kali ke-8, dan merupakan penganjuran kali ke-5 bagi Kejohanan e-sukan HSN. Kelainan yang kami cuba bawakan pada tahun ini adalah melalui penglibatan 8 negara ASEAN utk kategori eFootball dimana tujuannya adalah untuk mempromosikan HSN ke peringkat antabangsa disamping membantu pembangunan e-sukan negara.
“Saya mengharapkan semua yang telah terlibat sepanjang kejohanan yang telah diadakan ini dapat pengalaman baru serta menambah networking mereka dalam dunia e-sukan ini untuk mereka lebih terkehadapan di masa akan datang. Saya juga mengharapkan agar pada tahun depan kita akan teruskan lagi inisiatif ini bukan sahaja untuk esports malah untuk sukan yang lain juga,” katanya.
Turut dipertandingakan dalam kejohanan 3 hari itu adalah acara eFootball Terbuka, PUBG terbuka, MLBB terbuka dan eFootball Asean. Hadiah kepada para pemenang telah di sampaikan oleh Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara sambil diringi oleh Presiden Persatuan Sukan Elektronik Putrajaya, Syed Fakrurozi Syed Agil.-UTUSAN