Eogene ke pusingan utama KL Masters

Eogene ke pusingan utama KL Masters selepas tewaskan “Lee Chong Wei Vietnam”

Eogene Ewe meraikan kemenangannya ke atas Nguyen Tien Minh untuk mara ke pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur 2023. (FOTO: AMIR KHALID)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain muda perseorangan lelaki negara, Eogene Ewe mencipta kejutan apabila menewaskan bekas pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia, Nguyen Tien Minh dari Vietnam di Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur (KL) 2023 hari ini untuk menempah tiket ke pusingan pertama.

Atas kertas, Tien Minh dilihat lebih berpengalaman kerana sudah beraksi di arena antarabangsa selama dua dekad dan pernah sezaman dengan legenda negara, Datuk Lee Chong Wei.

Aksi Eogene Ewe ketika berdepan Nguyen Tien Minh dalam perlawanan kelayakan Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur 2023. (FOTO: AMIR KHALID)

Bagaimanapun Eogene mengerah segala kudratnya untuk menang ke atas pemain Vietnam itu dengan keputusan 21-17, 21-20 dalam tempoh 52 minit.

Lebih menarik ini merupakan penampilan pertama Eogene di dalam saingan peringkat senior bertaraf Super 100.

“Perlawanan hari ini cukup mencabar, amat berbeza dengan apa yang pernah saya harungi di kejohanan peringkat remaja ataupun Siri Antarabangsa sebelum ini.

“Saya rasa bertuah dapat menentang dengannya (Tien Minh) kerana dia juga merupakan salah seorang idola saya dalam dunia badminton. Ternyata dia memberikan cabaran yang sengit, tetapi saya lega dapat bertahan di dalam gelanggang untuk mencapai kemenangan,” jelas Eogene.

Terdahulu, pemain perseorangan wanita negara, Siti Nurshuhaini Azman mara ke pusingan pertama selepas menumpaskan rakan sepasukan, Joanne Ng di pusingan kelayakan.

Selain itu, juara Masters Indonesia, Aidil Sholeh Ali Sadikin meneruskan momentum kemenangan apabila mudah mengatasi Mark Shelley Alcala dengan keputusan 21-14, 21-13 untuk mara ke pusingan kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya