Enggan bayar doktor gigi, pemain EPL dikejar pemungut hutang

Enggan bayar doktor gigi, pemain EPL dikejar pemungut hutang

SEORANG bintang Liga Perdana Inggeris dikejar pemiutang gara-gara enggan membayar set venir pergigian. - THE SUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) yang tidak didedahkan namanya dikejar pemungut hutang gara-gara enggan membayar set venir pergigian bernilai 25,000 pound (RM143,000).

Menurut akhbar Britain, The Sun, pemain tersebut mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Harley Street London.

Venir adalah kepingan porselin nipis yang digunakan bagi menghasilkan semula rupa gigi asli, di samping memberi kekuatan dan ketahanan yang setan­ding gigi sebenar.

Pemain itu dikatakan tidak membayar rawatan tersebut kerana merasakan dia layak menerima secara percuma ekoran popularitinya.

Tindakan pemain yang ter­kenal de­ngan reputasi sebagai ‘kaki perempuan’ itu memaksa doktor gigi tersebut mendapatkan bantuan pemungut hutang.

Klinik berkenaan akhirnya berjaya mendapatkan bayaran, namun hanya selepas melalui proses mahkamah.

“Dia ialah pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris, namun kami perlu melalui proses mahkamah untuk memintanya membayar rawatan itu.

“Dia sangat dikenali dan terkenal sebagai playboy. Saya rasa dia sudah tenang sekarang,” kata Chris Spencer dari Frontline Collections.

Kerja-kerja pergigian dalam kalangan pemain bola sepak telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila lebih ramai bintang

terkemuka England ‘memerlukan senyuman’ untuk memadankan status sebagai selebriti di luar padang.

Pemain seperti Cristiano ­Ronaldo, Roberto Firmino dan baru-baru ini Alejandro Garnacho semuanya menampilkan senyuman putih bak mutiara selepas mendapatkan venir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya