Dupont sanggup menderita demi Perancis

Dupont sanggup menderita demi Perancis

Antoine Dupont (kanan) menjalani latihan bersama pasukan Perancis di Stade de France, Saint-Denis semalam menjelang pertemuan dengan Afrika Selatan hari ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Antoine Dupont berkata, dia ‘sedia menderita’ untuk menentang Afrika Selatan pada suku akhir Ragbi Piala Dunia hari ini (3 pagi esok waktu Malaysia) apabila dipanggil semula oleh Perancis tiga minggu selepas patah ­tulang pipi.

Kepulangan pemain scrum-half itu adalah satu-satunya perubahan yang dilakukan oleh ketua jurulatih Les Bleus, Fa­bien Galthie daripada skuad yang mengalahkan Itali ­minggu lalu.

Dupont, ketua pasukan ­Perancis mengesahkan, dia akan memakai pelindung kepala di Stade de France apaba menentang juara dunia, ­Afrika Selatan yang telah ‘secara progresif’ telah membina intensiti.

“Dalam perlawanan ­berintensiti tinggi seperti ini, sentiasa ada kesakitan, sama ada fizikal atau mental.

“Perlawanan antarabangsa sentiasa sukar. Kita perlu bersedia menderita untuk mencapai apa yang kita mahu… Jika kita tidak bersedia untuk itu, kita tidak bersedia untuk pergi ke tempat yang ingin dituju.

“Saya tidak merasakan sebarang tekanan daripada kakitangan pasukan.

“Jika saya bermain, itu kerana mendapat lampu hijau dan saya mendapat kelulusan pakar bedah. Tiada paksaan. Kami menghormati tarikh akhir,” kata Dupont mengenai kepulangannya.

Sementara itu, Galthie berkata, memilih skuad untuk menghadapi Springboks adalah seperti ‘permainan catur’.

“Kami kena melayan ­‘subjek’ dengan cara yang ­sangat santai tapi tepat.

“Kami tidak menolak apa-apa ke mana-mana arah tidak sepatutnya, dan kami ­melayannya dengan tenang,” kata Galthie mengenai keputusan memanggil semula Dupont.

Ditanya sama ada ia adalah perlawanan paling ­penting dalam kariernya, Galthie berkata: “Sudah tentu perlawanan paling penting kerana ia akan menentukan langkah kami seterusnya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya