Dua lagi atlet olahraga akan ke AS

Dua lagi atlet olahraga akan ke AS

AZEEM Fahmi (kanan) ketika meraikan kejayaan meraih gangsa 100m dalam Sukan Asia di Hangzhou. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sudah me­ngenal pasti dua lagi atlet yang bakal dihantar ke Amerika Syarikat (AS) setelah melihat atlet yang berkelana di negara itu menghasilkan keputusan cemerlang di Sukan Asia 2022 di Hangzhou.

Pelari sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi yang melanjutkan pelajaran di Universiti Auburn, Alabama berjaya meraih pingat gangsa 100 meter (m) pecut.

Shereen Samson Vallbuoy yang baru sahaja menamatkan pengajian di Winona State University di Minnesota merangkul dua pingat gangsa, menerusi 400m wanita dan pecut 4x100m wanita menjadi kunci kekuatan skuad olahraga negara di temasya kali ini.

Justeru Pengarah Teknikal KOM, Robert J. Ballard akan berusaha memastikan dua atlet yang telah dikenal pasti ini bukan sahaja akan mendapat latihan program yang berkesan di negara tersebut, namun turut mendapat peluang pendidikan yang terbaik untuk masa depan mereka.

Shereen Samson Vallbuoy (kiri) membantu kuartet 4x100m wanita meraih gangsa, selain memenangi gangsa dalam 400m.

“Ketika ini ada dua atlet yang kami lihat ada potensi. Untuk berlaku adil, kami tidak boleh dedahkan nama buat masa sekarang.

“Namun, kami sedang berusaha untuk melihat peluang bagi menghantar mereka berlatih dan melanjutkan pengajian. Ini adalah untuk memastikan mereka mempunyai masa depan dalam sukan dan selepas sukan,” jelasnya.

Ketika ini, pemegang rekod kebangsaan acara 400m lelaki, Umar Osman juga dalam proses untuk menyertai Azeem melanjutkan pelajaran dan berlatih di Universiti Auburn.

Umar dilihat sebagai prospek baru sukan olahraga negara setelah berjaya meleburkan rekod kebangsaan berusia 20 tahun dengan catatan 46.34 saat (s) sekali gus memenangi pingat emas di Sukan SEA Kemboja, Mei lalu.

Selain itu dia turut berjaya memperbaharui rekod kebangsaan di Sukan Universiti Dunia di Chengdu, China sebanyak dua kali dengan catatan 46.33s dan 46.09s, namun perjalanannya di Sukan Asia Hangzhou tidak begitu memberangsangkan apabila gagal layak ke pusingan akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya