Dua gol Salah bawa Liverpool rampas takhta liga

Dua gol Salah bawa Liverpool rampas takhta liga

PEMAIN Liverpool meraikan jaringan Mohamed Salah ketika menentang Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Dua jaringan Mohamed Salah membantu Liverpool menumpaskan Everton 2-0, sekali gus merampas kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

Everton terpaksa menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas Ashley Young dibuang padang pada minit ke-37 kerana mengutip kad kuning kedua selepas mengasari Luis Diaz.

Itu adalah kad merah ke-23 dilayangkan dalam pertembungan dua musuh berjiran tersebut, paling banyak direkodkan dalam mana-mana perlawanan.

Liverpool bernasib baik Ibrahima Konate tidak menjadi mangsa kad merah seterusnya apabila terlepas daripada menerima kad kuning pada minit ke-56.

MOHAMED Salah menyempurnakan sepakan penalti.

Selepas diasak bertali arus, Everton menghadiahkan sepakan penalti kepada Reds, 15 minit sebelum tamat permainan apabila bola terkena tangan Michael Keane.

Salah menyempurnakan sepakan untuk meletakkan pasukannya di depan sebelum menambah gol kedua, enam minit memasuki waktu kecederaan apabila menyudahkan hantaran Darwin Nunez.

Selepas mengharungi sembilan perlawanan, Reds mengutip 20 mata, berkongsi mata bersama Tottenham dan Arsenal tetapi dipisahkan dengan perbezaan jaringan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya