Dikwan terlalu sebak larian dibatalkan - Hamberi

Dikwan terlalu sebak larian dibatalkan – Hamberi

MOHAMAD Ridzuan Puzi (kiri) meninggalkan trek dengan penuh kekecewaan selepas penyertaannya dalam acara 100 meter lelaki T36 pada Sukan Para Asia 2022 dibatalkan akibat ‘false start’ di Hangzhou, China semalam. – MAJLIS PARALIMPIK MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mohamad Ridzuan Puzi gagal menahan emosi apabila meninggalkan trek ­dengan tangisan selepas penyertaannya dalam final 100 meter (m) T36 (cerebral palsy) dibatalkan akibat ‘false start’ semalam.

Sebelum keluar meninggalkan trek, dia yang berlari di lorong enam dilihat mundar mandir kegelisahan dan menutup muka dengan baju kerana terlalu kecewa gagal mempertahankan  emas yang diraihnya di Jakarta/Palembang 2018.

Kesalahan di blok permulaan menyaksikan atlet berusia 36 tahun itu turut meranapkan impiannya membutirkan ­­pingat dalam temasya yang berkemungkinan besar menjadi aksi terakhirnya.

Dia yang lebih mesra disapa Dikwan kemudian ditenangkan jurulatih, Hamberi Mahat, yang mengakui atlet itu terlalu sebak dan sangat beremosi malah memerlukan masa untuk bersendiri sebaik saja mereka berdua bertemu di kawasan luar trek.

Kata Hamberi, anak buahnya itu terlalu teruja dan gemuruh sehingga menyebabkan kesalahan berlaku walaupun baru mencipta catatan masa terbaik­nya musim ini, 12.17 saat pada separuh akhir, kelmarin.

PENAMPILAN Mohamad Ridzuan Puzi dalam acara 100 meter lelaki T36 dalam Sukan Para Asia 2022 berakhir dengan kekecewaan apabila dibatalkan penyertaan di Hangzhou, semalam akibat ‘false start’. – BERNAMA

“Memang tiada rezeki… selepas dia dikeluarkan dari trek, saya terus mendapatkannya kerana saya faham perasaan Dikwan pada masa itu, dia perlukan sokongan terutama daripada saya.

“Selepas itu dia menjadi ­sangat emosi. Di pihak saya sebagai jurulatih, siapalah yang mahukan perkara ini berlaku apatah lagi Dikwan. Dalam umurnya yang mencecah 36 tahun, saya rasa dia agak terdesak (mendapatkan pingat) sebab dia sangat sayangkan olahraga.

“Namun pada masa sama, dia juga sangat berat melepaskan sukan ini. Saya pun lalui perkara ini dulu, tetapi akhirnya semua (atlet) kena terima hakikat bahawa kami perlu melepaskan apabila waktunya sudah tiba dan beri peluang generasi baharu ambil alih,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas mengenai masa depan Dikwan memandangkan Sukan Paralimpik 2024 dijadual berlangsung kurang setahun dari sekarang, Hamberi berkata keputusan hanya akan ditentukan Majlis Sukan Negara (MSN).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya