Crystal Palace tambah duka Manchester United

Crystal Palace tambah duka Manchester United

Manchester United
MANCHESTER United mengalami kekalahan kedua-dua berturut-turut di gelanggang sendiri apabila dimalukan 1-0 oleh Crystal Palace. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER  United mengalami kekalahan kedua berturut-turut di tempat sendiri dalam Liga Perdana Inggeris apabila jaringan hebat Joachim Andersen memberikan Crystal Palace kemenangan mengagumkan di Old Trafford.

Kedua-dua pasukan itu bertemu buat kali kedua dalam tempoh lima hari, dengan pasukan kendalian Erik ten Hag selesa menang 3-0 dalam Piala Carabao pada hari Selasa lalu.

Tetapi Palace merehatkan beberapa pemain utama pada perlawanan itu dan tampil dengan corak berbeza pada perlawanan hari ini dengan menghasilkan persembahan terbaik di tempat lawan.

Selepas Tyrick Mitchell menepis percubaan Rasmus Hojlund di atas garisan, Palace mendahului apabila Andersen melakukan percubaan kali pertama ke sudut atas selepas sepakan percuma.

Manchester United kemudian memberikan tekanan bertubi-tubi kepada Palace, tetapi bergelut untuk mencari jalan untuk menembusi benteng pertahanan Palace.

Cubaan demi cubaan oleh United hanya berakhir sama ada dalam dakapan penjaga gol Sam Johnstone atau ditepis keluar.

Johnstone melakukan dua penyelamatan penting pada separuh masa kedua untuk mengekalkan kelebihan satu gol Palace itu. Sebelum itu dia terlebih dahulu menolak percubaan Bruno Fernandes sebelum menghalang tandukan tajam Hojlund.

Ketika Palace berusaha mempertahankan kelebihan yang dimiliki, Manchester United pula terus buntu untuk menjadi gol yang dihajati hingga ke wisel penamat yang membolehkan pelawat kemenangan berharga yang melonjakkan mereka mengatasi United dalam kedudukan liga iaitu di tangga sembilan sementara tuan rumah jatuh ke tangga ke-10.

Ini adalah kekalahan keempat dalam tujuh perlawanan Liga Perdana untuk pasukan Ten Hag, yang telah mengharungi permulaan terburuk mereka untuk musim liga selepas tujuh perlawanan dalam masa 34 tahun. – BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN