Buru emas Olimpik antara tugas berat menanti Tengku Zafrul

Buru emas Olimpik antara tugas berat menanti Tengku Zafrul

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejak badminton dimasukkan sebagai acara Olimpik di Barcelona 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah bertukar lima presiden, namun tidak seorang pun berjaya menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia.

Bermula pada Januari 2024, BAM akan menerima presiden baharu, individu yang cukup terkenal di Malaysia tetapi agak ‘asing’ dalam badminton tanah air iaitu Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Pelantikan Tengku Zafrul yang dicadangkan oleh Presiden BAM ketika ini, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mendapat sokongan semua 15 Ahli Majlis BAM dalam mesyuarat semalam.

Begitupun, beliau hanya akan disahkan sebagai presiden selepas segala urusan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Agung BAM, Disember depan.

Bagi Mohamad Norza, sama seperti presiden-presiden terdahulu, tugas utama Tengku Zafrul adalah merealisasikan misi memenangi emas
pertama Olimpik, dan beliau percaya tokoh berusia 50 tahun itu individu tepat untuk menerajui BAM.

Katanya, Tugas Zafrul bukan sahaja memastikan BAM kekal sebagai persatuan sukan elit yang berjaya membawa masuk dana besar, malah memikul misi membawa pulang emas Olimpik dan merampas Piala Thomas yang kali terakhir dimenangi di Kuala Lumpur pada 1992.

PENCAPAIAN terbaik badminton dalam Sukan Olimpik adalah meraih enam pingat perak dan tiga gangsa.

“Sebelum kita meletakkan nama, saya sudah hubungi beliau (Tengku Zafrul) dan memaklumkan kepada YB Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan) untuk mendapat persetujuan.

“Beliau (Tengku Zafrul) perlu berusaha keras untuk memahami ekosistem badminton, dan memerlukan pemegang taruh yang berkelayakan dalam sistem ini, antaranya pentadbiran BAM, jurulatih dan pemain.

“Saya yakin dengan ciri-ciri kepimpinan yang ada pada Tengku Zafrul yang dahulunya pernah berada di korporat, kini dalam kepemimpinan negara sebagai teknokrat dan ahli politik akan lebih b a n y a k memb a n t u mengur u s k a n B A M, ” kata Mohamad Norza.

S e j a k membuat penampilan dalam Olimpik 1992, badminton Malaysia sudah memenangi enam pingat perak dan tiga gangsa.

Empat presiden yang menerajui BAM sejak kemasukan badminton sebagai acara Olimpik adalah Allahyarham Datuk Seri Abdullah Fadzil Che
Wan (1993-2000), Datuk Seri Mohd. Nadzmi Salleh (2000-2013), Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Arif (2013-2017) dan Mohamad Norza.

Tan Sri Al-Amin Abdul Majid juga pernah memangku jawatan tersebut dari 2015 hingga 2017.

Sementara itu, BAM turut melantik jurulatih Indonesia, Jeffer Rosobin bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Misbun Sidek sebagai Ketua Jurulatih Remaja Negara.

Rosobin, 47, pernah mengendalikan skuad perseorangan wanita Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya