‘Bomoh hujan’ yakin GP Indonesia berjalan lancar

‘Bomoh hujan’ yakin GP Indonesia berjalan lancar

MBAK Rara 'beraksi' dalam Grand Prix Indonesia di Litar Mandalika musim lalu. - IHSAN DORNA SPORTS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pengarah Sukan Ducati Corse, Paolo Ciabatti berharap Litar Mandalika tidak dilanda hujan sepanjang Grand Prix MotoGP Indonesia
berlangsung hujung minggu ini.

Ciabatti bahkan menyatakan harapannya itu di hadapan pawang hujan terkenal, Mbak Rara.

Mbak Rara menjadi salah seorang tetamu dalam acara Ducati yang dihadiri Francesco Bagnaia dan Enea Bastianini di Jakarta kelmarin.

Ciabatti kemudian meneruskan perbualan dengan Mbak Rara dan dua pelumba Ducati dalam program tersebut.

Dia turut menulis dalam akaun Instagramnya mengenai harapan agar perlumbaan berlangsung tanpa hujan.

“Jadi, tidak ada hujan di Mandalika tahun ini, kan pawang hujang?” tulis Ciabatti di Instagram.

Aksi Mbak Rara di MotoGP Mandalika tahun lalu memberi kesan kepada peminat sukan permotoran Indonesia dan seluruh dunia apabila wanita itu yang memiliki nama penuh Raden Roro Istiati Wulandari dianggap mampu menolak hujan agar perlumbaan dapat diadakan.

“Harap-harap kali ini cuaca di Mandalika lebih baik, tidak hujan lebat. Kalau hujan, harapnya Isnin, tolonglah okay,” kata Ciabatti sambil bergurau.

Sebelum ini, Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) meramalkan hujan renyai akan berlaku di Litar Mandalika pada 13 hingga 15 Oktober ini, bertepatan tarik MotoGP Mandalika. 

“Cuaca pada 13-15 Oktober 2023 di Litar Antarabangsa Pertamina Mandalika akan cerah, mendung dan sedikit renyai,” kata Zaenudin Abdul Majid, Peramal BMKG Stesen Meteorologi Lombok, M Andre Jersey. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya