Bezzecchi bertarung dengan masa

Bezzecchi bertarung dengan masa

Marco Bezzecchi berharap dapat beraksi dalam GP Indonesia seminggu selepas menjalani pembedahan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOMBOK: Marco Bezzecchi berharap dapat kembali berlumba dalam Grand Prix (GP) MotoGP Indonesia hujung minggu ini, hanya seminggu selepas menjalani pembedahan tulang selangka yang patah.

“Saya akan bertarung ­de­ngan masa untuk cuba ­berada di trek pada Jumaat (sesi latihan bebas hari ini) ,” kata pelumba Ducati-VR46 dari Itali itu.

Bezzecchi mengalami kece­deraan tersebut ketika berlatih di trek milik pemilik pasukan, Valentino Rossi.

Pelumba berusia 24 tahun itu kini berada berada di tangga ketiga kedudukan pelumba dunia, 54 mata di belakang rakan senegaranya, Francesco Bagnaia dari Ducati dan 51 di belakang pelumba Sepanyol, Jorge Martin.

“Sejurus selepas pembedahan, saya melihat kemungkinan kembali dalam masa terdekat.

“Kami menunggu 48 jam dan selepas berbincang dengan pasukan perubatan, selain menjalani fisioterapi, kami memutuskan cuba ke Indonesia,” katanya.

Marco Bezzecchi

Bezzecchi bagaimanapun perlu mendapat lampu hijau daripada doktor di Litar Mandalika sebelum dibenarkan berlumba.

Selain Bezzecchi, terdapat beberapa pelumba yang akan kembali daripada kecederaan dalam GP Indonesia, pusingan ke-15 daripada 20 perlumbaan musim ini.

Enea Bastianini (Ducati) yang patah tulang tangan kiri dan buku lali awal September lalu akan kembali berlumba.

Begitu juga rakan sepasukan dan rakan se­negara Bezzecchi, Luca Marini yang patah tulang selangka kanan pada GP India tiga minggu lalu.
Pelumba Sepanyol, Alex Marquez dari Ducati-Gresini, yang patah tiga tulang rusuk di India, boleh kembali.

Alex Rins dari Sepanyol, dari pasukan Honda LCR yang baru pulih dari patah tulang tibia dan fibula kaki kanannya di Mugello pada awal Jun lalu turut berharap dapat berlumba. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya