Belum miliki lesen kereta tapi Jojo sudah raih kontrak RM467,000

Belum miliki lesen kereta tapi Jojo sudah raih kontrak RM467,000

JOHAN Ghazali Zulfikar menjadi petarung termuda berjaya mendapatkan kontrak ONE Championship Thailand bernilai AS$100,000. – IHSAN JOHAN GHAZALI ZULFIKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Baru berusia 17 tahun, jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar sudah berjaya mendapatkan kontrak ONE Championship Thailand bernilai AS$100,000 (RM467,000), sekali gus menjadikannya atlet termuda me­raih kejayaan itu.

Johan yang lebih dikenali sebagai Jojo mendapat kontrak tersebut selepas menumpaskan Temirlan Bekmurzaev secara knockout (KO) dalam ONE Championship Thailand kelmarin.

Johan berjaya menumbuk deras di bahagian perut Bekmurzaev pada pusingan kedua, yang menyaksikan petarung dari Russia itu gagal bangun meneruskan pertarungan.

Lebih manis, kejayaan itu itu juga membolehkan Johan yang mewakili Rentap Muaythai Gym berpangkalan di Sarawak menerima bonus kemenangan 350,000 baht (RM46,500).

Mengulas mengenai kontrak yang berjaya diraih, Johan menganggap kejayaan tersebut sukar dipercayai memandang­kan usianya masih terlalu muda.

“Ini gila, ini gila…Saya akan memasuki usia 17 tahun bulan hadapan. Saya mendapat kontrak ONE Championship sebelum memiliki lesen memandu, jadi ini sangat gila.

“Sejujurnya sejak memulakan karier, saya sentiasa bersedia untuk kejayaan ini tetapi ini hanya satu permulaan.

“Saya telah buktikan hari ini bahawa Malaysia Boleh! Terima kasih Malaysia,” katanya.

Kontrak ONE Championship Thailand diberikan untuk tempoh dua tahun membabitkan enam pertarungan dan jika berjaya menang dengan KO, petinju boleh me­nerima bonus sehingga AS$50,000 (RM233,500).

Selain itu, pe­tinju yang mendapat kontrak juga berpeluang merebut tali pinggang kejuaraan selain termasuk juara ONE Championship Thailand.

Petinju berdarah Malaysia-Amerika Syarikat (AS) itu kini memenangi empat pertarungan, sebelum ini dia pernah menumpaskan tiga peserta Thailand, Samurai Seopal, Tai Sor Jor Piek Uthai dan Padetsuk Fairtex.

Dalam empat pertarungan itu, tiga daripadanya dimenangi Jojo secara KO.

Di media sosial, kejayaan Johan itu disambut gembira oleh para peminatnya dengan rata-rata mengucapkan tahniah dan mengagumi pencapaian hebat yang diraihnya setakat ini dalam sukan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya