Badminton mungkin jadi ‘mangsa’ pertama RTG?

Badminton mungkin jadi ‘mangsa’ pertama RTG?

AARON Chia-Soh Wooi Yik menjadi pemenang pingat tunggal Malaysia dalam badminton pada Sukan Asia di Hangzhou dengan meraih gangsa beregu lelaki.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekadar pulang bersama sebutir pingat gangsa di Sukan Asia, sedangkan badminton memiliki paling ramai atlet dalam Program Road to Gold (RTG), situasi yang amat mencemaskan menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.

Bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi penyelamat Malaysia apabila menghadirkan pingat tunggal dalam beregu lelaki, namun ia tetap bukan penampilan baik buat badminton kerana mereka tiba di Hangzhou dengan sasaran dua perak dan satu gangsa.

Kini, selepas tujuh bulan RTG dilancarkan, penilaian ­prestasi atlet akan dilakukan oleh panel bulan depan, dan dijangkakan ada pemain badminton yang mungkin tidak ‘lepas’ untuk dikekalkan dalam program ber­kenaan.

Bekas pemain badminton No. 1 dunia, Roslin Hashim menegaskan, mana-mana pemain tidak patut berkecil hati jika isu ini dibangkitkan, sebaliknya perlu memahami konsep RTG yang memerlukan mereka membawa pulang pingat dalam kejohanan utama.

“Bayangkan kita sasarkan mereka untuk emas Olimpik tetapi Sukan Asia pun tak bawa pulang apa-apa. Jadi macam mana?

“Saya lihat persembahan me­reka di Hangzhou pun secara keseluruhan, kurang baik. Kita sekarang di tahap mahu dengar menang pingat, bukan ayat-ayat perangsang ‘kekal semangat’ atau ‘cuba lagi’.

lee zii jia
LANGKAH Lee Zii Jia dalam Sukan Asia di Hangzhou berakhir di tangan H.S Prannoy pada suku akhir.

“Mereka bukan pemain baru. Mereka pemain terbaik Malaysia. Kita bukan nak dengar kata-kata semangat. RTG ditubuhkan bukan untuk kelayakan Olimpik tetapi untuk raih emas.

“Mereka yang terpilih ini ialah prospek emas. Sekarang sudah tujuh bulan, apa yang mereka sudah buktikan sejak dari sebelum Sukan Asia?

“Kita kesuntukan masa. Mereka perlu faham, mungkin ada atlet cemburu dan mahu terpilih dalam RTG tetapi atlet yang terpilih pula hasilkan keputusan ala kadar, apa kewajaran mahu kekalkan?” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semasa RTG dilancarkan April lalu, program itu menyenaraikan perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan lima beregu – Aaron-Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (beregu lelaki), Pearly Tan-M. Thinaah (beregu wanita), Tan Kian Meng-Lai Peng Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai (beregu campuran).

Dua bulan kemudian, RTG memasukkan Ng Tze Yong (perseorangan lelaki) dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran) ke dalam senarai, menjadikan badminton sebagai sukan majoriti yang bertapak dalam program tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya