PETALING JAYA: Gagal memenuhi misi layak ke saingan akhir lompat jauh lelaki Sukan Asia 2022, Andre Anura Anuar berazam untuk menebus kekecewaan apabila bersaing dalam acara lompat kijang, Selasa depan.
Semalam, atlet berusia 24 tahun itu mempamer aksi mengecewakan apabila menutup pusingan kelayakan pada kedudukanke-19 dari 20 peserta Stadium Sukan Olimpik Hangzhou.
Dia sekadar mencatat 6.71 meter (m), jauh lebih satu meter daripada rekod kebangsaan miliknya, 8.02m.
Andre merupakan atlet olahraga padang keempat Malaysia gagal melayakkan diri ke final selepas Umar Osman (400m lelaki), Zaidatul
Husniah Zulkifli (100m wanita) dan Grace Wong (tukul wanita).
“Dua lompatan saya yang akhir batal, saya sudah buat yang terbaik tapi saya masih ada satu lagi acara, saya akan fokus dalam acara itu.
“Cuaca hujan tapi hanya renyai-renyai, dan itu bukan penyebab kepada prestasi saya hari ini,” katanya selepas acara tamat.