Ammar punya masa depan amat cerah

Ammar punya masa depan amat cerah

MUHAMMAD Ammar Aiman Nor Azmi meraikan kejayaan memenangi pingat emas 400 meter T20 dalam Sukan Para Asia di Hangzhou semalam. – BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Baru berusia 21 tahun, masa depan Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi yang melakar kejutan meraih emas 400 meter (m) T20 (masalah pembelajaran) dianggap amat cerah.

Membuat penampilan sulung dalam temasya empat tahun sekali itu, Ammar melakar kejutan memenangi emas dengan catatan 47.60 saat (s).

Dia bukan sekadar pulang bersama kilauan emas, malah cemerlang memperbaharui rekod Asia dan temasya dalam proses memenangi perlumbaan.

Catatan yang dilakukan atlet kelahiran Pontian, Johor itu membolehkannya memecah rekod Sukan Para Asia milik rakan senegara, Nasharudin Mohd. (49.32s), selain rekod Asia yang dipegang atlet Iran, Milad Ramazani (47.80s)

Ammar bahkan memperbaiki rekod peribadi terbaiknya sebelum ini, 48.42s dalam Sukan Para ASEAN 2023, Jun lalu.

Pengurus pasukan, Datuk A. Annamalai berkata, kejayaan diraih Ammar menjanjikan potensi besar buat Malaysia untuk menambah emas bukan sahaja di peringkat Asia, malah tidak mustahil di tahap tertinggi seperti Sukan ­Paralimpik di Paris tahun depan.

“Amar berada dalam ­keadaan cergas sejak dari Malaysia lagi, sehinggalah ketika kami berkampung di China sejak 18 Oktober lalu. Amar berlari dalam keadaan sifar kecederaan dan kemenangannya ini memang telah dijangka.

“Bagi saya, pencapaian Amar sangat membanggakan Malaysia kerana pada pusingan akhir tadi (semalam), dia ‘all out’ dan hasilnya dapat mencipta rekod temasya.

“Masa depannya sangat cerah dengan kemenangan ini, walaupun baru pertama kali beraksi dalam Sukan Asia.

“Dia merupakan atlet yang boleh diharapkan pada masa akan datang. Pelumba Malaysia yang hebat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu Ammar Aiman mendedahkan, pengorbanan tidak pulang ke kampung ­selama tiga bulan ternyata ­berbaloi apabila membutirkan pingat emas keenam kontinjen Malaysia.

“Gembira selepas dapat ­pingat emas ini. Banyak cabaran saya perlu tempuh termasuk berlatih tanpa henti sebelum berjaya membawa pulang pi­ngat emas ini.

“Saya rasa puaslah. Ternyata kerja keras termasuk tidak pulang ke kampung di Pontian membuahkan hasil. Saya tidak sabar untuk pulang bertemu mereka (keluarga),” katanya.

Wakil Indonesia, Alfin ­Nomleni memenangi pingat perak dengan catatan 49.07s, manakala gangsa milik Milad Ramazani (50.43s)

Ahmad Fizzi ­Rosni

Turut sama menyumbang pingat ialah Ahmad Fizzi ­Rosni yang meraih pingat gangsa dalam acara 400m kategori T36, selepas meraih catatan masa 57.19s.

Kontinjen olahraga negara sudahpun menghadiahkan tiga emas dalam Sukan Para Asia kali ini, menjadikan mereka paling cemerlang di Hangzhou.

Kelmarin, Datuk Abdul Latif Romly mempertahankan emas dalam saingan lompat jauh lelaki F20 untuk emas ketiganya dalam Sukan Para Asia.

Muhammad Ziyad Zolkefli turut meraih emas lontar peluru lelaki F20 iaitu kejuaraan hatrik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya