PETALING JAYA: Skuad olahraga merangkul satu lagi pingat emas bahkan turut mencipta rekod Sukan Para Asia dalam acara 400 meter (m) T20 (masalah pembelajaran), menerusi Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi yang menamatkan larian dengan catatan masa 47.60 saat (s).
Atlet berusia 21 tahun itu menepati ramalan malah memecahkan rekod peribadi terbaiknya sebelum ini, 48.42s dalam Sukan Para ASEAN 2023, Jun lalu.
Kejayaannya itu turut memperbaharui rekod temasya yang dipegang rakan senegara, Nasharudin Mohd. 49.32s dan rekod Asia yang dimiliki atlet Iran, Ramzani, 47.80s, sebelum ini.
Turut sama menyumbang pingat ialah Ahmad Fizzi Rosni yang meraih pingat gangsa dalam 400m kategori T36 (cerebral palsy), selepas meraih catatan masa 57.19s. – UTUSAN