Amin bawa skuad terbaik hadapi SOJC 2023

Amin bawa skuad terbaik hadapi SOJC 2023

SKUAD hoki negara yang akan bersaing dalam Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) pada 27 Oktober hingga 4 November ini di Stadium Hoki Taman Daya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad remaja lelaki kebangsaan, Muhamad Amin Rahim mengakui tiada rombakan besar-besaran berlaku dalam barisan pemain yang mengikuti siri jelajah Eropah sebelum ini.

Bagaimanapun, dia menyenaraikan dua muka baharu iaitu Eswaran George dan Muhammad Alief Adha Akhbar untuk melengkapkan senarai 20 pemain yang bakal membawa cabaran di Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) 2023 edisi ke-11, yang dijadualkan berlangsung pada 27 Oktober hingga 4 November ini di Stadium Hoki Taman Daya. 

“Tidak banyak perubahan pemain yang disenaraikan untuk skuad SOJC Kali ini. Hanya ada 2 muka baru yang disenaraikan iaitu Eswaran (penyerang) dan Alief Adha (pertahanan).

“Pemilihan pemain berdasarkan komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pemain ketika sesi latihan serta jelajah Eropah tempoh hari.

“Selain daripada hoki, disiplin yang tinggi ketika sesi latihan juga diambil kira kerana ia antara kunci utama kejayaan sesebuah pasukan dan juga pemain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kejohanan bawah 21 tahun itu menghimpunkan pasukan terbaik dunia di mana Malaysia selaku tuan rumah diletakkan di dalam Pool B bersama India, Pakistan dan New Zealand sementara dalam Pool A menampilkan Jerman, Australia, Afrika Selatan dan Great Britain.

Pentas itu juga menjadi medan terakhir bagi Malaysia dan negara-negara berkenaan, kecuali Great Britain, untuk melakukan persediaan sebelum menghadapi Kejohanan FIH Piala Dunia Remaja Lelaki, Kuala Lumpur 2023 pada 5 hingga 16 Disember depan.

Tambah Amin kejohanan ini juga menjadi medan terakhir untuk beliau bersama barisan kejurulatihan mempersiapkan skuad terbaik bagi menghadapi kempen Piala Dunia Remaja nanti.

“Hanya tinggal enam minggu sebelum bermulanya Kempen Piala Dunia Remaja dan SOJC merupakan medan terakhir persiapan pasukan.

“Sudah pasti ia akan digunakan sebagai pentas penilaian terakhir buat para pemain untuk membuktikan mereka layak menggalas tanggungjawab beraksi pada Piala Dunia Remaja nanti.

“Tempoh ini juga kami harus memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan sebelum bermulanya Piala Dunia Remaja. Pemain juga harus mengambil tanggungjawab untuk memperbaiki kesilapan individu serta pasukan supaya mereka tidak berada selesa serta mengambil mudah dengan segala yang mereka lakukan di atas padang,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya