AMD Dream, NFDP A juara Piala Supermokh 2023

AMD Dream, NFDP A juara Piala Supermokh 2023

PEMAIN-pemain Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) antara tempat dalam melahirkan bakat-bakat pemain muda negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Dream muncul juara kategori bawah 13 tahun, Piala Supermokh 2023 selepas menewaskan Lech Poznan FC menerusi penentuan sepakan penalti di AMD, Gambang, Pahang hari ini.

Skuad muda negara itu menang 5-4 selepas terikat 1-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung sengit menentang wakil dari Poland.

Pemain sayap kanan, Muhammad Amirul Haziq Ismail meletakkan AMD Dream di depan pada minit ke-28, namun Poznan menyamakan kedudukan menerusi pemain lincah, Pisarek Bogdan pada minit ke-61 untuk mengheret permainan ke penentuan sepakan penalti.

Ketua Jurulatih AMD Dream, Ekhsan Bukhara Badarul Hisham berkata, kemenangan hari ini hasil kesungguhan barisan pemain yang bercita-cita besar untuk menjulang kejuaraan sejak hari pertama kejohanan bermula.

“Alhamdulillah, syukur atas kejayaan hari ini, semua pemain berjuang semata-mata untuk bergelar juara dan mereka berjaya melakukannya,” katatanya.

“Kemenangan hari ini menjadi detik manis yang tidak mungkin dapat saya lupakan sepanjang beraksi dengan pasukan AMD Dream, ia akan menjadi pembakar semangat untuk saya terus berusaha mencipta kejayaan dalam sukan bola sepak,” kata Amirul Haziq.

Sementara itu, gelaran bawah 12 tahun pula milik Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) A yang menumpaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 5-2, manakala tempat ketiga milik NFDP B yang menewaskan Zheijang Professional FC 3-1.

Wakil Thailand, Buriram United mempertahankan saingan bawah 14 tahun selepas membedil Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) 6-0, manakala Shonan Bellmare menamatkan saingan di kedudukan ketiga selepas menewaskan AMD Deam 2-1. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya