All Blacks benam Argentina untuk hampiri kejuaraan dunia keempat

All Blacks benam Argentina untuk hampiri kejuaraan dunia keempat

AKSI All Blacks ketika menentang Argentina pada separuh akhir Piala Dunia di Stade de France, Paris.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Juara tiga kali, New Zealand terlalu kuat buat Argentina apabila membedil gergasi Amerika Selatan itu 44-6 awal pagi tadi untuk mara ke perlawanan akhir Ragbi Piala Dunia buat kali kelima.

Will Jordan mengetuai amukan All Blacks dengan mencatat hatrik try, dan memisahkan mereka hanya 80 minit  daripada kejuaraan dunia keempat.

Pemain sayap itu yang mengumpul lapan try keseluruhan dalam kejohanan ini, sekali lagi bakal menjadi watak penting New Zealand apabila menentang juara bertahan, Afrika Selatan atau England dalam final nanti.

Springboks dan The Lions akan berentap dalam satu lagi separuh akhir di Stade de France awal pagi esok.

Selain Jordan, Jordie Barrett dan Shannon Frizell turut mencipta try untuk membolehkan anak-anak buah Ian Foster mendahului 14 mata di babak pertama.

Bagaimanapun Emiliano Boffelli memperoleh enam mata buat Los Pumas bagi memastikan mereka tidak terlalu tenggelam.

AKSI All Blacks ketika menentang Argentina pada separuh akhir Piala Dunia di Stade de France, Paris.

Berdepan Argentina buat kali keempat dalam Piala Dunia, All Blacks mempamer persembahan jauh lebih baik berbanding ketika menyingkirkan Ireland minggu lalu.

Ketika ditanya, pasukan mana yang mahu ditentang dalam perlawanan akhir, Foster membalas, dia tidak peduli siapa lawan mereka.

“Saya mungkin makan popcorn sambil menikmati perlawanan esok (Afrika Selatan menentang England). Sejujurnya saya tidak peduli.

“Afrika Selatan mempamer aksi ragbi yang cemerlang tetapi kami juga telah melihat pasukan England membina diri secara senyap-senyap.

“Mereka faham bagaimana mereka mahu bermain dan mula menguasai permainan mereka. England juga percaya pada diri mereka sendiri,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya