All Blacks belasah Uruguay 73-0, mara ke suku akhir Piala Dunia

All Blacks belasah Uruguay 73-0, mara ke suku akhir Piala Dunia

PEMAIN sayap New Zealand, Caleb Clarke cuba melepasi pertahanan Uruguay dalam aksi Kumpulan A, Ragbi Piala Dunia di Stadium OL, Decines-Charpieu, berhampiran Lyon, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LYON: New Zealand mungkin tumpas kepada tuan rumah Perancis pada aksi pembukaan, namun juara tiga kali itu bangkit bergaya dengan tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan Kumpulan A, Ragbi Piala Dunia.

Awal pagi tadi, All Blacks membelasah Uruguay 73-0, sekali gus mengesahkan tiket ke suku akhir.

Skuad bimbingan Ian Foster itu kini meneruskan misi memburu gelaran keempat dan mahu membuktikan mereka yang ragu-ragu dengan kemampuan All Blacks hanya kerana kekalahan kepada Perancis adalah salah.

Turun sebagai pasukan underdog, Uruguay mempamer perlawanan penuh semangat pada 20 minit pertama dan hampir mendapat mata pertama melalui Manuel Ardao hasil serangan balas hebat tetapi Anton Lienert-Brown sempat menarik kakinya.

Bagaimanapun ‘magis’ Damien McKenzie membantu melakar kemenangan yang selayaknya apabila dia mengutip mata pertama pasukan sebelum mencipta try ketiga dengan kemahiran menakjubkan.

“Kami telah menunjukkan tindak balas yang baik daripada perlawanan pertama.

“Kami mengambil banyak pengajaran daripada kekalahan kepada Perancis…Saya percaya kami telah mengembangkan permainan kami ke tahap yang membawa kami ke suku akhir.

“Walau apa pun yang berlaku – sesiapa sahaja yang kita lawan, ia akan menjadi perlawanan besar dan itulah yang sepatutnya berlaku pada suku akhir. Kami bersedia,” kata Foster.

Sejak kekalahan pertama kepada Perancis, New Zealand mencatat 11 try menentang Namibia, 14 ketika bertemu Itali dan menambah 11 lagi try ke atas Uruguay. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya