Aksi cemerlang Suhaimi buka mata Pan Gon

Aksi cemerlang Suhaimi buka mata Pan Gon

Suhaimi Husin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aksi cemerlang Suhaimi Husin bersama Terengganu FC akhirnya membuka mata Kim Pan Gon untuk menyenaraikan penjaga gol itu dalam senarai 25 pemain negara ke kem latihan pusat Harimau Malaya bermula 6 Oktober ini.

Kehadiran Suhaimi juga pastinya membuatkan posisi selesa milik Ahmad Syihan Hazmi di benteng terakhir Harimau Malaya sedikit tergugat namun, diharapkan persaingan sihat berlaku demi memastikan pintu gol negara tidak dibolosi lawan.

Senarai pemain yang dipanggil untuk berdepan Pestabola Merdeka 2023 itu menyaksikan, Pan Gon mengekalkan 21 daripada 25 pemain yang telah dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Syria dan China.

Baki empat pemain lain terdiri daripada tiga pemain skuad B-23 kebangsaan yang beraksi pada Kelayakan Piala Asia B-23 2024 iaitu Azam Azmi Murad, Mukhairi Ajmal Mahadi dan Nooa Laine serta Suhaimi.

“Kita ada beberapa perubahan dalam senarai pemain, sebelum ini kita menyokong skuad B-23 untuk menyertai kejohanan dan selepas itu kita panggil semula (Azam Azmi, Mukhairi dan Nooa) untuk kembali bersama Harimau Malaya.

“Untuk penjaga gol, kita panggil Suhaimi sebab dia pamerkan prestasi cemerlang (bersama Terengganu), jadi kita bawa dia masuk ke kem kebangsaan untuk lihat sama ada dia boleh serasi atau tidak dalam pasukan kebangsaan,” kata Pan Gon.

Skuad Harimau Malaya akan beraksi pada perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023 menentang India pada 13 Oktober dan seterusnya bertemu sama ada Palestin atau Tajikistan pada aksi final atau penentuan tempat ketiga pada 17 Oktober.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya