ACT Wanita 2023: Malaysia ikat juara tiga kali, Korea Selatan 1-1

ACT Wanita 2023: Malaysia ikat juara tiga kali, Korea Selatan 1-1

FOTO: AHF / Hockey India
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANCHI, India: Skuad hoki wanita negara akhirnya memperoleh mata pertama mereka di Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023 setelah mengikat juara tiga kali, Korea Selatan 1-1 dalam aksi yang berlangsung sebentar tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Marang Gomke Jaipal Singh, Ranchi menyaksikan Malaysia Tigress beraksi dengan begitu untuk dua suku pertama permainan.

FOTO: AHF / Hockey India

Bagaimanapun gawang Malaysia yang dikawal Siti Zalia Nasir akhirnya bolos juga selepas Seo Suyoung menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke 35.

Malaysia terpaksa menunggu sehingga dua minit sebelum wisel penamat dibunyikan apabila Nur Afiqah Syahzani Azhar menyamakan kedudukan menjadi 1-1 menerusi pukulan sudut penalti.

Keputusan ini menyaksikan Malaysia meraih satu mata yang berharga selepas tiga perlawanan yang diharungi sebelum ini berakhir dengan kekalahan.

“Untuk perlawanan hari ini, kita telah melakukan rombakan di bahagian pertahanan dan meletakkan beberapa pemain di posisi yang berbeza yang menyukarkan pihak Korea Selatan.

“Untuk bertemu dengan China, kita akan bermain dengan struktur yang sama, sambil melihat beberapa video perlawanan sebelum ini. Semangat pemain kini terlalu baik, sekarang mereka mula yakin apabila mereka berjaya meraih mata berdepan dengan pasukan lebih kuat,” jelas ketua jurulatih wanita kebangsaan, Mohamed Nasihin Nubli.

Anak buah Nasihin akan berdepan satu lagi cabaran getir esok apabila dijadualkan bertemu pemenang pingat emas Sukan Asia Hangzhou 2022, China bagi melengkapkan aksi terakhir peringkat kumpulan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya