6,000 peserta meriahkan RHB Lekas Highway Ride 2023

6,000 peserta meriahkan RHB Lekas Highway Ride 2023

Kemeriahan RHB Lekas Higway Ride yang berlangsung pada tahun lalu. (FOTO: Gosportz Sdn Bhd)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 6,000 peserta bakal menyertai edisi kelapan RHB Lekas Highway Ride 2023 pada Sabtu ini sekali gus jumlah penyertaan paling ramai sejak acara berbasikal itu dianjurkan.

Dilabel sebagai kayuhan berbasikal lebuhraya nombor satu pada sebelah malam, kali ini ia berjaya menarik penyertaan daripada 28 negara termasuk Perancis, Jerman, Jepun, Singapura, Korea Selatan, Australia dan Amerika Syarikat (AS).

Bermula di Plaza Tol Kajang Selatan dan berakhir di Lekas Highway E21, sebanyak empat kategori ditawarkan pada edisi kali ini iaitu 120 kilometer (km), 78km, 22km dan 12km.

Untuk edisi kelapan, pihak penganjur memperkenalkan kategori baharu membabitkan wanita veteran 78km dan penyertaan penuh inspirasi 20 Orang Kurang Upaya (OKU) daripada Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dalam kategori 22km.

Berikutan kejayaan penganjuran pada tahun 2022, penganjur juga memperkenalkan sesi pushbike untuk kanak-kanak berumur antara dua hingga lapan tahun sebagai permulaan bagi memupuk minat mereka dalam sukan berbasikal.

“Untuk tahun ini, perbezaan paling ketara adalah jumlah penyertaan paling ramai dan keduanya, kami tidak mahu mana-mana pihak tercicir. Sebab itu kami turut menjemput golongan OKU bersama-sama memeriahkan penganjuran edisi kali ini.

“Kami juga memperkenalkan sesi pushbike untuk kanak-kanak sekali gus menjadikan RHB Lekas Highway Ride sebagai acara yang boleh disertai oleh semua golongan di negara ini.

“Sambutan yang diterima daripada pihak penaja juga sangat baik dan kami juga menerima sokongan padu daripada mereka yang terbabit dalam industri berbasikal. Memang ada banyak acara berbasikal dianjurkan di negara ini, tetapi saya boleh katakan RHB Lekas Highway Ride adalah penganjuran acara berbasikal yang lebih baik,” kata Pengarah Perlumbaan Gosportz Sdn Bhd, Albertt Leong KC.

RHB Lekas Highway Ride 2023 menawarkan acara berbasikal di lebuh raya yang tertutup dengan persekitaran yang selamat serta mempromosikan gaya hidup sihat.

Ia adalah acara anjuran bersama RHB Banking Group (RHB) dan Lekas, yang merupakan anak syarikat kepada IJM Corporation Berhad.

Selain pengalaman mengayuh basikal, peserta juga berpeluang untuk mencuba menjamu juadah yang ditawarkan, antaranya Sate Kajang Hj Samuri serta pelbagai jenis kuih tempatan. Terdapat juga persembahan kebudayaan seperti tarian Melayu dan Cina serta persembahan kumpulan busker.

Untuk melancarkan penganjuran kayuhan berbasikal itu, laluan sepanjang lebuhraya Lekas akan ditutup bermula jam 5 petang 21 Oktober sehingga 4 pagi 22 Oktober.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya